Cara mencipta dan berkongsi Dokumen, Helaian, dan Slaid Google dalam Dropbox
Dropbox untuk Google Workspace membolehkan anda mencipta, mengatur dan berkongsi Dokumen, Helaian dan Slaid Google di dropbox.com.
Sebarang Dokumen, Helaian dan Slaid Google yang dicipta daripada Dropbox disimpan ke akaun Google anda, dan pintasan ke fail Google tersebut akan diatur dalam akaun Dropbox anda.Pintasan ke fail Google dalam akaun Dropbox anda tidak dikira dalam ruang simpanan Dropbox anda.
Adakah anda seorang pentadbir akaun pasukan Dropbox?
Cipta Dokumen, Helaian dan Slaid Google di dropbox.com
- Log masuk ke dropbox.com.
- Klik folder yang anda ingin menyimpan fail anda.
- Klik Cipta.
- Layangkan tetikus ke atas Dokumen, Hamparan atau Pembentangan bergantung pada jenis fail yang ingin dicipta.
- Klik Dokumen Google, Helaian Google atau Slaid Google.
Perhatian: Ciri ini mungkin tidak berfungsi seperti yang dijangkakan pada Internet Explorer 11.
Buka Dokumen, Helaian dan Slaid Google pada apl mudah alih Dropbox
Dalam aplikasi mudah alih Dropbox, anda boleh membuka pratonton Dokumen, Helaian dan Slaid Google dan menyimpannya untuk paparan luar talian, tetapi anda tidak boleh mencipta atau menyuntingnya.
Kongis Dokumen, Helaian, dan Slaid Google
Ketahui cara berkongsi Dokumen, Helaian atau Slaid Google
Saya mengalami masalah mencipta Google Docs, Sheets atau Slides dalam Dropbox
Bagi menggunakan Dropbox untuk Google Workspace, e-mel yang anda gunakan untuk akaun Google anda mesti sepadan dengan e-mel yang digunakan untuk akaun Dropbox. Jika ia tidak sepadan, anda boleh menukar alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox anda.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan ciri ini:
- Pastikan anda mendaftar masuk ke akaun Google yang mempunyai e-mel yang sama seperti akaun Dropbox anda.
- Cuba hidupkan kuki pihak ketiga dalam tetapan pelayar anda.
Jawapan komuniti
-
Dikirim oleh: Simon H.23 329 hari yang lalu93831
-
Dikirim oleh: ckmueller 176 hari yang lalu3332300