Apakah ciri-ciri Dropbox yang tersedia dalam aplikasi Fail?
Di dalam folder Dropbox dalam aplikasi Fail, anda boleh:
- Pilih antara akaun Dropbox yang berbeza
- layari fail anda
- Tambah fail
- Atur fail mengikut nama/masa diubah suai/saiz/jenis
- Hapuskan fail
- Eksport/muat turun fail
- Cipta folder aru
- Lihat pratonton fail
Apakah ciri-ciri Dropbox yang tersedia dalam aplikasi Fail?
Sesetengah ciri Dropbox tidak tersedia dalam aplikasi Fail? Ciri-ciri ini termasuk:
- Menguruskan tetapan perkongsian folder kongsian.
- Mencari folder Dropbox anda
- Kerjasama masa nyata pada fail (buat masa ini, jika dua orang menyunting fail pada masa yang sama, mereka akan mencipta salinan bercanggah)
- Menulis komen pada fail
- Memulihkan fail Dropbox yang terbaru dihapuskan daripada menu Terbaru Dihapuskan
- Mengalihkan fail atau folder ke satu folder yang masih belum dibuka (sesetengah folder tidak disenaraikan sebagai lokasi melainkan anda membuka folder itu sebelum cuba mengalihkannya)
- Jika kod laluan telah disediakan untuk aplikasi Dropbox, folder Dropbox anda tidak akan tersedia dalam aplikasi Fail
- Mengakses fail di dalam folder Dropbox semasa di luar talian
Sementara kami berusaha untuk mempertingkatkan integrasi Dropbox dengan apl Fail, anda boleh menggunakan apl Dropbox Android untuk mengakses sesetengah ciri ini seperti biasa.