Sambungkan Google Cloud Identity ke Dropbox Business

Integrasi Dropbox untuk Google Cloud Identity akan membantu anda menguruskan pasukan Dropbox Business anda secara berpusat menerusi Google Cloud Identity. Apabila anda menggunakan Dropbox dengan Google Cloud Identity, anda boleh:

  • Konfigurasikan single sign-on (SSO) untuk pasukan Dropbox Business anda
  • Menguruskan peruntukan dan pembuangan pengguna Dropbox Business menerusi Konsol pentadbir Google

Untuk menyediakan SSO dan peruntukan, anda perlu menjadi Pentadbir Dropbox Business dan pentadbir super Google, serta mendaftar masuk ke kedua-dua akaun.

Sediakan single sign-on (SSO) untuk pasukan anda

  1. Daftar masuk ke konsol pentadbir Google menggunakan akaun pentadbir Google.
  2. Klik Apps.
    • Perhatian: Untuk melihat aplikasi pada halaman Utama, anda mungkin perlu klik Lagi kawalan di bahagian bawah
  3. Klik Aplikasi SAML
  4. Klik Tambah perkhidmatan/Aplikasi kepada domain anda.
  5. Taipkan “Dropbox Business” di dalam kotak carian Tapis Aplikasi. Ia harus muncul dalam senarai di bawah.
  6. Klik Dropbox Business.
  7. Di sebelah Sijil, klik Muat turun. (Anda akan perlukan ini sebentar lagi.)
  8. Serlahkan URL di sebelah URL SSO, dan salinkan ia ke papan klip anda. (Anda akan perlukan ini juga.) Biarkan halaman ini terbuka dalam pelayar anda.
  9. Tukar kepada konsol pentadbir Dropbox. Anda boleh buka sahaja dalam tab baru pada pelayar web anda.
  10. Daftar masuk ke akaun pentadbir Dropbox Business anda.
  11. Klik Tetapan.
  12. Klik Single sign-on.
  13. Klik menu pilihan di sebelah Single sign-on untuk mengubahnya daripada Mati kepada Tidak wajib ataupun Wajib.
  14. Di sebelah URL daftar masuk pembekal identiti, klik Tambah URL daftar masuk dan tampalkan URL yang anda salin dalam langkah 8.
  15. Klik Selesai.
  16. Klik Muat naik sijil
  17. Klik Salin pautan.
  18. Kembali ke konsol pentadbir Google.
  19. Klik Seterusnya.
  20. Klik Finish.

Sediakan peruntukan pengguna

Layari artikel Bantuan Pentadbir G Suite ini untuk mengetahui bagaimana untuk:

  • Menyediakan peruntukan pengguna untuk aplikasi Dropbox
  • Memaparkan peruntukan pengguna
  • Menyunting skop peruntukan
  • Menentukan tempoh masa pembuangan
  • Membuang peruntukan pengguna

Perhatian: Kumpulan tidak akan dicerminkan semasa peruntukan berlaku.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan