Dropbox untuk Google Workspace membolehkan anda mencipta, mengatur dan berkongsi Dokumen, Helaian dan Slaid Google di dropbox.com.
Sebarang Dokumen, Helaian dan Slaid Google yang anda cipta dalam Dropbox akan disimpan ke akaun Dropbox dan dikira sebagai menggunakan ruang storan anda. Perubahan yang dibuat kepada Dokumen, Helaian dan Slaid Google ini akan disimpan kembali secara automatik ke akaun Dropbox anda. Ia tidak akan disimpan kembali ke Google Drive atau akaun Google anda dalam apa jua cara.
Perhatian:
- Anda mesti mempunyai akaun Google dengan e-mel yang sama seperti akaun Dropbox anda.
- Anda tidak boleh mengalihkan Dokumen, Helaian dan Slaid Google ke akaun Dropbox anda daripada Google.
- Anda juga boleh menyunting fail-fail Microsoft Office (Word, Excel, dan PowerPoint) dalam Google (Dokumen, Helaian, dan Slaid) dari Dropbox.
Adakah anda pentadbir pasukan Dropbox Business?
Cipta Dokumen, Helaian dan Slaid Google di dropbox.com
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik folder yang anda ingin menyimpan fail anda.
- Klik Cipta.
- Layangkan tetikus ke atas Dokumen, Hamparan atau Pembentangan bergantung pada jenis fail yang ingin dicipta.
- Klik Dokumen Google, Helaian Google atau Slaid Google.
Fail ini (dan sebarang perubahan yang dibuat) akan disimpan kembali ke akaun Dropbox anda.
Perhatian: Ciri ini mungkin tidak berfungsi seperti yang dijangkakan pada Internet Explorer 11.
Buka Google Docs, Sheets dan Slides pada aplikasi mudah alih Dropbox
Dalam aplikasi mudah alih Dropbox, anda boleh membuka pratonton Dokumen, Helaian dan Slaid Google dan menyimpannya untuk paparan luar talian, tetapi anda tidak boleh mencipta atau menyuntingnya.
Kongsi Dokumen, Helaian dan Slaid Google dengan Dropbox
Anda boleh berkongsi Dokumen, Helaian, dan Slaid Google dalam cara yang sama seperti anda berkongsi mana-mana fail yang disimpan dalam Dropbox.
- Ketahui cara untuk berkongsi fail dalam Dropbox.
- Ketahui cara untuk berkongsi fail dalam Dropbox dengan pautan.
Anda boleh memilih untuk memberikan akses Boleh sunting atau Boleh lihat kepada Dokumen, Helaian dan Slaid Google anda, walaupun semasa berkongsi menggunakan pautan. Selanjutnya, anda boleh membataskan akses kepada pautan kongsian anda dalam tetapan pautan fail atau menyahaktifkan pautan selepas anda menciptanya.
Buka dan sunting fail Microsoft Word, Excel dan PowerPoint dengan Google
Anda boleh membuka dan menyunting fail Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) dengan (Dokumen, Helaian dan Slaid) Google terus dari Dropbox. Untuk berbuat demikian:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Layangkan tetikus ke atas mana-mana fail Word (.docx), Excel (.xlsx) atau PowerPoint (.pptx) dan klik "..." (elipsis).
- Perhatian: Ini tidak terpakai untuk fail .doc, .xls dan .ppt.
- Layangkan tetikus ke atas Buka dan klik Dokumen Google, Helaian Google atau Slaid Google.
Sebarang perubahan yang dibuat terhadap fail ini akan disimpan kembali ke fail Microsoft Office dalam Dropbox secara automatik.
Anda juga boleh menetapkan supaya fail Microsoft Office anda dibuka dalam Google secara lalai.
Saya mengalami masalah mencipta Dokumen, Helaian atau Slaid Google dalam Dropbox
Bagi menggunakan Dropbox untuk Google Workspace, e-mel yang anda gunakan untuk akaun Google anda mesti sepadan dengan e-mel yang digunakan untuk akaun Dropbox. Jika ia tidak sepadan, anda boleh menukar alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox anda.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan ciri ini:
- Pastikan anda mendaftar masuk ke akaun Google yang mempunyai e-mel yang sama seperti akaun Dropbox anda.
- Cuba hidupkan kuki pihak ketiga dalam tetapan pelayar anda.