Cara menebus promosi Chromebook Acer dan Dropbox 100 GB

Dikemas kini Oct 03, 2023

Jika anda membeli Chromebook Acer baru-baru ini, anda mungkin layak mendapat 100 GB storan Dropbox selama 12 bulan selepas pembelian. 

Peranti Chromebook manakah yang layak untuk promosi ini?

Peranti anda mungkin layak jika anda membeli Chromebook Acer baru pada atau selepas bulan November 2023 dengan Dropbox sedia terpasang.

Bagaimana saya menebus ruang promosi?

Untuk menebus promosi ini pada Chromebook anda yang layak:

  1. Klik atau tekan ikon Dropbox dalam senarai aplikasi anda untuk membuka Dropbox pada peranti Chromebook anda yang layak.
  2. Daftar untuk mendapatkan akaun Dropbox dengan mengisi butiran pada halaman ini. Jika anda sudah ada akaun Dropbox, klik daftar masuk.
    • Anda akan melihat prom untuk menebus promosi jika akaun anda layak.
  3. Klik Tebus.

Selepas menebus, anda akan menerima e-mel berserta butiran tentang storan anda yang telah ditambah.

Berapa lama ruang promosi ini akan sah?

100 GB ruang promosi pada Chromebook Acer sah selama 12 bulan dari tarikh promosi ditebus.

Jika saya membeli beberapa peranti yang layak, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox boleh menebus jenis promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi 100 GB selama 12 bulan untuk Chromebook Acer lebih daripada sekali.

Bolehkah saya pindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox lain?

Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindahkan setelah ditebus.

Bolehkah saya menebus promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pengguna asal peranti yang baru dan layak.

Mengapa saya tidak layak mendapat ruang promosi?

Terdapat pelbagai sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:

  • Anda sudah pun menebus promosi pada peranti Chromebook Acer. Anda layak menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja.
    • Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi 100 GB selama 12 bulan untuk Chromebook Acer lebih daripada sekali bagi setiap alamat e-mel, walaupun anda membeli beberapa peranti Chromebook Acer yang layak.
  • Anda membeli peranti terpakai atau yang dibaik pulih, dan pemilik sebelumnya telah menebus tawaran promosi yang dikaitkan dengan peranti itu.
  • Peranti anda mungkin tidak layak untuk promosi disebabkan pengecualian sesetengah negara dan peruncit.

Bagaimana saya menyemak jika saya berjaya menebus promosi ini?

Anda akan menerima pemberitahuan e-mel apabila anda berjaya menebus ruang promosi anda. Ruang yang ditambah juga akan ditunjukkan di mana-mana anda dapat melihat jumlah ruang anda tersedia untuk akaun Dropbox anda. Ketahui cara mengetahui jumlah ruang simpanan akaun anda.

Apa yang terjadi apabila ruang promosi saya luput?

Apabila ruang promosi anda luput, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal tanpa ruang promosi, secara automatik. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Basic, had anda akan kembali kepada 2 GB berserta sebarang ruang yang telah anda peroleh melalui rujukan atau bonus-bonus yang lain.

Jika anda melebihi had anda selepas tarikh luput, anda tidak lagi akan dapat menyimpan foto, video dan dokumen baru ke Dropbox. Untuk mendapatkan lebih banyak ruang dan merasai semua faedah Dropbox, anda boleh menaik taraf kepada pelan berbayar.

Terma promosi 100 GB Dropbox untuk Chromebook Acer (promosi semasa)

Promosi ini adalah untuk pengguna awal mana-mana Chromebook Acer baru yang dibeli pada atau selepas bulan November 2023. Promosi perlu dituntut semasa pelancaran awal aplikasi dan boleh ditebus sekali sahaja bagi setiap peranti. Promosi ini tidak boleh dituntut menggunakan peranti yang dibaik pulih, terpakai ataupun yang dipadam lalu dipulihkan serta tidak boleh digabungkan dengan mana-mana tawaran lain.

Selama 12 bulan dari hari penebusan, satu akaun pelan peribadi Dropbox akan diberikan tambahan 100 GB ruang simpanan yang ditambah kepada ruang simpanan yang telah disediakan kepada mereka yang mempunyai akaun sedia ada. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Apabila tempoh promosi 12 bulan tamat, ruang promosi 100 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk pada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi dikecualikan daripada Belarus, China, Cuba, Iran, Korea Utara, Rusia, Sudan, Syria, atau wilayah Crimea, dan mana-mana tempat lain yang perkhidmatan Dropbox tidak tersedia, dilarang oleh undang-undang, atau dikenakan cukai.

Adakah artikel ini berguna?

Let us know how why it didn't help:

Thanks for letting us know!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan