Terma promosi Dropbox untuk peranti HP
Untuk PC dan Tablet HP yang tidak dipramuatkan dengan aplikasi Dropbox, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) memenuhi kriteria kelayakan, dan (b) melengkapkan langkah-langkah penebusan.
Promosi ini adalah untuk satu pelan akaun Dropbox peribadi menerima ruang simpanan tambahan selama satu tempoh masa yang tetap selain daripada 2 GB ruang simpanan percuma yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak mendapat satu promosi jenis ini bagi satu akaun.
Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang telah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan HP sebelum ini. Apabila tempoh promosi tamat, ruang promosi yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox milik pengguna akan dibuang secara automatik.
Penggunaan Dropbox adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi tidak tersedia di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria, rantau Crimea, atau mana-mana negara lain yang dilarang oleh undang-undang.