Cara mencipta dan memformatkan jadual dalam Dropbox Paper

Dikemas kini Sep 10, 2026

In this article

person icon

Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox.

Cara paling mudah untuk menambah jadual kepada dokumen Paper anda adalah dengan:

  1. Taip “/table” ke dalam dokumen anda (ini adalah ciri perintah pintas).
  2. Tambah bilangan baris dan lajur yang diingini.
    • Contohnya, jika anda ingin mencipta jadual dengan 3 baris dan 4 lajur, anda boleh taip “/table 3x4”
  3. Tekan kekunci Enter.

Selain itu, anda boleh mencipta jadual secara manual:

  1. Klik pada satu baris kosong dalam dokumen anda.
  2. Klik ikon grid (Tambah jadual) dalam menu ikon berwarna kelabu yang muncul.

Cara memformatkan jadual anda dalam Paper

Tambah baris atau lajur

  1. Klik di mana-mana dalam jadual anda. Pemilih akan muncul di luar jadual anda.
  2. Untuk menambah satu lajur, klik ikon + di bahagian atas jadual anda.
  3. Untuk menambah satu baris, klik ikon + di sebelah kiri jadual anda.
  4. Untuk menambah berbilang lajur atau baris, klik dan seret ikon +.

Hapuskan baris atau lajur

  1. Klik mana-mana pada baris atau lajur yang ingin dibuang. Pemilih akan muncul di luar jadual anda.
  2. Untuk menghapuskan satu jalur, klik pemilih di atasnya dan klik ikon tong sampah. 
  3. Untuk menghapuskan satu baris, klik pemilih di sebelah kirinya dan klik ikon tong sampah.
  4. Untuk menghapuskan beberapa baris atau lajur, tahan kekunci Shift sambil mengklik beberapa pemilih dan klik ikon tong sampah. 

Susun semula baris atau lajur

  1. Klik satu sel dalam baris atau lajur yang ingin diatur semula. Pemilih akan muncul di luar jadual anda.
  2. Klik pemilih baris atau lajur yang ingin dialih dan seretkan ia ke posisi yang diingini. 

Tambah imej

  1. Klik di mana sahaja dalam sel yang anda mahu tambah imej.
  2. Klik ikon Tambah imej dalam menu yang muncul. 

Tambah warna latar belakang ke baris atau lajur

  1. Klik mana-mana pada baris atau lajur yang ingin diubah warna. Pemilih akan muncul di luar jadual anda.
  2. Untuk mengubah warna latar belakang baris, klik pemilih di bahagian kirinya dan klik ikon palet.
  3. Untuk mengubah warna latar belakang lajur, klik pemilih di atasnya dan klik ikon palet. 
  4. Untuk menukar warna latar belakang beberapa baris atau lajur, tahan kekunci Shift sambil anda mengklik beberapa pemilih dan klik ikon palet.
highlighter icon

Perhatian: Jadual skrin penuh tidak lagi disokong. Sebaliknya, anda boleh menatal jadual anda secara mendatar.

Cara mengatur jadual dalam Paper

Anda boleh mengatur lajur dalam jadual anda mengikut kronologi, mengikut abjad, atau angka. Untuk berbuat demikian:

  1. Ubah baris atas jadual anda menjadi pengepala:
    1. Klik pemilih di sebelah baris atas.
    2. Togol butang pengepala (Hidupkan/matikan pengepala atas).
  2. Klik mana-mana dalam sel pengepala lajur yang ingin diatur. Anak panah akan muncul di dalam sel.
  3. Klik anak panah untuk mengatur.
highlighter icon

Perhatian: Penyusunan akan mengubah kandungan jadual anda secara kekal.

Cara mengepin baris atau lajur pengepala jadual dalam Paper

Anda boleh pin baris dan lajur pengepala dalam jadual supaya ia sentiasa kelihatan semasa anda menatal. 

Pin baris pengepala

  1. Ubah baris atas jadual anda menjadi pengepala:
    1. Klik pemilih di sebelah baris atas.
    2. Togol butang pengepala (Hidupkan/matikan pengepala atas).
  2. Klik pemilih di sebelah baris atas.
  3. Klik 🗀 (pin).

Pin lajur pengepala

  1. Ubah lajur pertama jadual anda menjadi pengepala:
    1. Klik pemilih di atas lajur pertama.
    2. Togol butang pengepala (Hidupkan/matikan pengepala atas).
  2. Klik pemilih di atas lajur pertama.
  3. Klik 🗀 (pin).

Cara buang pin baris atau lajur pengepala jadual dalam Paper

Buang pin baris pengepala

  1. Klik pemilih di sebelah pin baris pengepala.
  2. Klik  (pin).

Buang pin lajur pengepala

  1. Klik pemilih di atas pin lajur pengepala.
  2. Klik  (pin).
Adakah artikel ini berguna?

Maklumkan kepada kami mengapa ia tidak membantu

Terima kasih kerana memberitahu kami!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan