Anda boleh mencari imej dalam akaun Dropbox anda berdasarkan kandungan di dalam imej. Sebagai contoh, anda boleh mencari "kucing" untuk melihat semua imej kucing (dan imej yang berkaitan dengan kucing) dalam akaun Dropbox anda—walaupun "kucing" tiada dalam nama fail.
Untuk mencari imej dalam akaun Dropbox anda:
Apakah jenis fail imej yang boleh dicari?
Anda boleh mencari jenis fail imej berikut:
Saya boleh mencari imej dalam bahasa apa?
Imej boleh dicari dalam bahasa-bahasa berikut:
Perhatian: Akaun Dropbox anda mesti ditetapkan kepada bahasa yang anda lakukan carian, kecuali untuk carian bahasa Inggeris yang berfungsi dengan kebanyakan tetapan bahasa. Walau bagaimanapun, carian Bahasa Inggeris mungkin tidak berfungsi seperti yang diharapkan jika akaun Dropbox anda ditetapkan kepada bahasa Cina Ringkas, Cina Tradisional, Korea, Malaysia atau Thai.
Bagaimanakah carian imej berfungsi?
Sama seperti carian teks penuh, apabila anda memuat naik jenis fail imej yang disokong, kandungan akan dikenal pasti dalam imej. Maklumat ini hanya akan digunakan untuk menambahbaik proses mendapatkan fail dalam akaun anda.