Diterbitkan sejak 2012, laporan dwitahunan kami menyiarkan secara umum tentang jumlah permintaan yang kami terima dan cara kami memberikan respons.
Apa yang Dropbox Terima
Waran geledah memerlukan tunjuk sebab barangkali, perlu memenuhi syarat kekhususan mengenai lokasi yang hendak digeledah dan item yang hendak disita, dan perlu disemak serta ditandatangani oleh hakim atau majistret. Waran geledah boleh dikeluarkan oleh kerajaan tempatan, negeri atau persekutuan, dan hanya boleh digunakan dalam kes-kes jenayah. Sebagai respons kepada waran geledah yang sah, kami boleh menyerahkan maklumat kandungan dan bukan kandungan.
Apa yang Dropbox Terima
Tidak seperti waran geledah, sepina hanya membenarkan akses kepada maklumat asas pelanggan. Sepina tidak memerlukan semakan kehakiman dan biasanya dikeluarkan oleh peguam kerajaan atau jemaah juri. Kami tidak akan menyerahkan maklumat kandungan sebagai respons kepada sepina.
Apa yang Dropbox Terima
Perintah mahkamah dikeluarkan oleh hakim dan boleh jadi dalam pelbagai bentuk, contohnya perintah 2703(d) di bawah Akta Privasi Komunikasi Elektronik. Kami tidak akan menyerahkan maklumat kandungan sebagai respons kepada perintah mahkamah.
Apa yang Dropbox Terima
Proses keselamatan negara termasuk National Security Letters dan perintah yang dikeluarkan di bawah Foreign Intelligence Surveillance Act. Kami menerima antara 0 sehingga 249 permintaan. Kami ingin menyatakan dengan lebih khusus, tetapi Dropbox tidak dibenarkan oleh kerajaan A.S. untuk melaporkan bilangan yang diterima dengan tepat.
Apa yang Dropbox Terima
Permintaan pengekalan ialah permintaan kerajaan untuk mengekalkan data pengguna sementara menunggu proses undang-undang rasmi diterima. Apabila kami menerima permintaan ini, kami akan menyimpan petikan data pengguna yang berkaitan buat sementara waktu selama 90 hari, tetapi kami tidak mendedahkan data pengguna sebagai respons kepada permintaan pengekalan. Untuk mendapatkan data yang dikekalkan, proses undang-undang yang sah diperlukan.
Apa yang Dropbox Terima
Dropbox boleh mendedahkan maklumat kepada penguat kuasa undang-undang secara sukarela jika kami percaya dengan suci hati bahawa seseorang menghadapi risiko kematian atau kecederaan fizikal yang serius dan kami mempunyai maklumat yang boleh membantu mencegah ancaman itu. Kami meminta penguat kuasa undang-undang menyediakan ringkasan bertulis mengenai kecemasan dan penjelasan tentang cara maklumat yang diminta akan membantu mereka dalam menghalang kecemasan. Setiap permintaan pendedahan kecemasan diperiksa dengan teliti berdasarkan kes demi kes untuk menentukan sama ada standard untuk pendedahan telah dipenuhi, dan jika demikian, apa-apa maklumat yang didedahkan adalah terhad kepada maklumat yang akan mengelakkan atau mengurangkan tahap kecemasan. Dropbox menerima permintaan pendedahan kecemasan bagi data pengguna daripada penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia.
Apa yang Dropbox Terima
Daftar Pen atau perintah Jerat dan Jejak (“PRTT”) ialah perintah mahkamah yang memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendapatkan maklumat bukan kandungan tertentu (khususnya mendail, menghalakan, mengalamatkan dan mengisyaratkan maklumat yang berkaitan dengan komunikasi) bagi akaun tertentu pada masa akan datang untuk tempoh hingga 60 hari.
Apa yang Dropbox Terima
Permintaan pembuangan oleh kerajaan termasuklah perintah mahkamah dan permintaan bertulis daripada penguat kuasa undang-undang dan agensi kerajaan yang meminta pembuangan kandungan berdasarkan undang-undang tempatan dalam bidang kuasa masing-masing.
“Tiada tindakan diambil” mungkin disebabkan oleh keadaan yang tidak membolehkan kami menyemak kandungan kerana pautan yang diberikan kepada kami tidak sah atau kandungan tidak lagi wujud, atau apabila disemak, kandungan didapati tidak melanggar Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami.
Nota tentang permintaan antarabangsa
Permintaan antarabangsa termasuklah sebarang proses undang-undang rasmi daripada kerajaan bukan A.S. yang meminta data pengguna. Pada masa ini, kami menerima permintaan kerajaan A.S. dan Ireland. Kami juga akan memberikan respons kepada permintaan yang dibuat menurut perjanjian antarabangsa mengenai kerjasama undang-undang dalam hal jenayah, termasuk Perjanjian Bantuan Undang-undang Bersama atau surat rogatori.
“Akaun tidak wujud”: Pengecam yang diberikan dalam permintaan tidak dikaitkan dengan akaun Dropbox yang sah.
Perintah All Writs Act: dikeluarkan oleh hakim Amerika Syarikat selaras dengan All Writs Act 1789. Statut ini memberikan mahkamah kuasa untuk “mengeluarkan segala perintah yang perlu atau bersesuaian bagi membantu bidang kuasa masing-masing dan selari dengan penggunaan dan prinsip undang-undang.”
Kandungan: Kandungan merujuk kepada kandungan komunikasi, yang termasuk sebarang maklumat berkenaan bahan, tujuan atau makna komunikasi tersebut. Ini termasuklah fail yang disimpan dalam akaun Dropbox seseorang dan nama fail yang dikaitkan dengan fail tersebut. Waran geledah diperlukan untuk memaksa penyerahan kandungan. Selalunya, waran geledah akan turut meminta maklumat asas pelanggan atau rekod bukan kandungan yang lain, di samping kandungan komunikasi.
Permintaan pendedahan kecemasan: Dropbox boleh mendedahkan maklumat kepada penguat kuasa undang-undang secara sukarela jika kami percaya dengan suci hati bahawa seseorang menghadapi risiko kematian atau kecederaan fizikal yang serius dan kami mempunyai maklumat yang boleh membantu mencegah ancaman itu. Kami meminta penguat kuasa undang-undang menyediakan ringkasan bertulis mengenai kecemasan dan penjelasan tentang cara maklumat yang diminta akan membantu mereka dalam mencegah kecemasan.
"Tiada maklumat diberikan": Sebab lazim apabila tiada maklumat diberikan sebagai respon terhadap proses undang-undang, termasuklah: (1) permintaan tersebut merupakan pendua; (2) Dropbox membantah permintaan tersebut; (3) penguatkuasa undang-undang menarik balik permintaan; atau (4) permintaan itu gagal mengenal pasti sesebuah akaun dengan tepat.
Bukan kandungan: Rekod bukan kandungan lazimnya menerangkan tentang sebarang maklumat tersedia selain daripada kandungan komunikasi. Rekod tersebut merangkumi maklumat asas pelanggan, yang ditakrifkan dalam Seksyen 2703 Akta Privasi Komunikasi Elektronik, dan maklumat lain yang menggambarkan penggunaan akaun. Maklumat “bukan kandungan” tidak termasuk fail yang disimpan dalam akaun Dropbox seseorang.
Perintah ketakdedahan: Atas budi bicara hakim, mereka boleh mengeluarkan perintah mahkamah yang menghalang atau melengahkan Dropbox daripada memberitahu pengguna tentang permintaan maklumat mereka oleh kerajaan. Perintah ini kerap kali memetik subseksyen 2705(b) Akta Privasi Komunikasi Elektronik dan boleh dilanjutkan untuk sebarang jangka masa.
Permintaan bukan A.S.: Permintaan bukan A.S. termasuk sebarang proses undang-undang rasmi daripada entiti kerajaan bukan A.S. yang ingin mendapatkan data pengguna. Pada masa ini, kami menerima permintaan kerajaan A.S. dan Ireland. Kami juga akan memberikan respons kepada permintaan yang dibuat menurut perjanjian antarabangsa mengenai kerjasama undang-undang dalam hal jenayah, termasuk Perjanjian Bantuan Undang-undang Bersama atau surat rogatori.
Pengekalan: Permintaan pengekalan ialah permintaan kerajaan untuk mengekalkan data pengguna sementara menunggu proses undang-undang rasmi diterima. Apabila kami menerima permintaan ini, kami akan menyimpan petikan data pengguna yang berkaitan buat sementara waktu selama 90 hari, tetapi kami tidak mendedahkan data pengguna sebagai respons kepada permintaan pengekalan. Untuk mendapatkan data yang dikekalkan, proses undang-undang yang sah diperlukan dan permintaan berikutnya akan (dan sentiasa) dimasukkan dalam laporan.
Notis Pengguna: Dasar kami adalah untuk memberikan notis kepada pengguna mengenai permintaan maklumat mereka melainkan kami dilarang berbuat demikian oleh undang-undang. Dalam situasi yang terpencil, kami mungkin akan melengahkan notis kepada pengguna sehingga selepas kami mematuhi, dan dalam keadaan itu kami mencatatkan tarikh kami menyerahkan rekod pengguna.
Kaedah penjejakan dan pelaporan kami boleh berubah kerana kami terus berusaha untuk meningkatkan ketepatan dan kejelasan laporan.