Cara mengalihkan fail antara akaun Dropbox Business dan peribadi

Jika anda ada akaun Dropbox Business dan akaun peribadi, anda boleh log masuk ke kedua-dua akaun pada komputer yang sama kemudian seret masuk dan lepaskan fail dari satu akaun ke akaun satu lagi. 

Untuk berbuat demikian:

  1. Sambungkan akaun anda.
  2. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem (Windows) atau bar menu (Mac) anda. 
  3. Klik avatar (gambar profil atau huruf nama) anda.
  4. Pilih Keutamaan dari menu.
  5. Klik tab Akaun.
  6. Jika anda sudah pun mendaftar masuk ke akaun kerja anda, pilih tab Peribadi. Atau jika anda sudah mendaftar masuk ke akaun peribadi anda, pilih tab dengan nama organisasi anda.
  7. Klik butang Pautkan .
  8. Masukkan kata laluan untuk akaun kedua anda.
  9. Dalam Finder (Mac) atau Explorer (Windows), sekarang anda akan nampak dua folder Dropbox. Anda boleh membuka satu folder, pilih fail yang ingin dialihkan, kemudian seret dan lepaskan fail ke dalam folder anda yang satu lagi.  

Jika anda ada beberapa akaun Dropbox Professional, Family, Plus, atau Basic,
Ketahui bagaimana untuk mengalihkan fail antara akaun

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan