Adakah terhadap had kepada bilangan peranti yang saya boleh pautkan ke akaun saya?

Pengguna Basic mempunyai had sebanyak tiga peranti mulai Mac 2019.

Pengguna Plus dan Professional boleh memautkan seberapa banyak peranti yang mereka perlukan.

Pengguna Business boleh memautkan seberapa banyak peranti tanpa had, tetapi pentadbir Dropbox Business Advanced dan Enterprise boleh mengehadkan bilangan peranti yang boleh dipautkan oleh pasukan mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang peranti yang boleh dipaut.

Apa yang perlu saya lakukan jika had peranti saya dicapai?

Jika anda pengguna Basic dan anda telah memautkan lebih daripada tiga peranti sebelum Mac 2019, semua peranti anda yang dipautkan sebelum ini akan kekal bersambung.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin memautkan peranti baru (atau memautkan semula peranti yang pernah dipautkan sebelum ini), anda mesti menyahpaut semua peranti yang dipautkan buat masa ini (kepada kurang daripada tiga), dan kemudian anda boleh memautkan peranti baru anda (sehingga tiga peranti).

Ketahui bagaimana untuk memaut dan menyahpautkan peranti. 

Untuk memautkan lebih dari tiga peranti, naik taraf akaun Dropbox anda.

Baru dengan Dropbox?

Tidak kira anda baru dengan Dropbox atau cuma mahu belajar balik, dapatkan yang terbaik daripada akaun Dropbox anda dengan memanfaatkan latihan panduan kendiri atau kelas latihan bimbingan pelatih

 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan