Tidak dapat mendaftar masuk ke Dropbox menggunakan Daftar masuk dengan Apple

Jika anda sedang cuba mencipta akaun Dropbox baru menggunakan Daftar masuk dengan Apple dan telefon anda mati atau aplikasi ranap atas sebarang sebab, apabila anda cuba mendaftar sekali lagi, anda mungkin melihat mesej ralat yang mengatakan bahawa daftar masuk anda gagal.

Jika anda mengalami isu ini, ini bermakna ID Apple anda telah disambungkan dengan akaun Dropbox anda sebelum pendaftaran dapat diselesaikan. Untuk menyelesaikan pendaftaran, anda perlu memutuskan sambungan dan menyambungkan semula ID Apple anda.

Untuk memutuskan sambungan ID Apple anda: 

  1. Pergi ke appleid.apple.com/account/manage.
  2. Di sebelah Keselamatan, klik Urus… di bawah App & Laman Web Menggunakan ID Apple.
  3. Klik Dropbox.
  4. Klik Berhenti Menggunakan ID Apple.
  5. Klik Selesai.

Selepas anda berhenti menggunakan ID Apple anda dengan Dropbox, anda sepatutnya akan berjaya mencipta akaun Dropbox anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan