Bagaimanakah saya boleh mencari alamat e-mel saya jika saya tidak boleh log masuk ke Dropbox?
Jika anda tidak boleh log masuk ke Dropbox, anda boleh gunakan alat carian caj kad kredit dan debit kami untuk mencari alamat e-mel yang dikaitkan dengan caj.
Jika anda ahli folder kongsian, anda juga boleh meminta ahli folder yang lain untuk mencari alamat akaun anda dengan melakukan perkara yang berikut:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
- Klik tab Folder.
- Cari folder kongsian dan klik ☑ (pilihan tambahan) di sebelah nama folder kongsian.
- Pilih Kongsi.
- Klik Orang yang boleh mengakses.
Dalam senarai ahli folder kongsian, orang itu akan dapat melihat alamat e-mel di bawah nama anda.
Adakah akaun anda tidak aktif?
Jika akaun Dropbox anda tidak aktif selama lebih daripada 12 bulan, ia mungkin telah ditutup kerana tidak aktif. Selepas ia ditutup, akaun dan semua datanya akan dihapuskan secara kekal dan tidak boleh dipulihkan.
Jika demikian, anda tidak akan dapat mencari akaun anda menggunakan alamat e-mel, dan anda perlu mencipta akaun baharu.
Ketahui lagi tentang akaun yang tidak aktif.