Cara menyunting rakaman dengan Dropbox Capture

Dikemas kini Oct 26, 2023
person icon

Dropbox Capture tersedia kepada semua pelanggan Dropbox tetapi sesetengah ciri mungkin memerlukan pelan yang berbeza.

Anda boleh menyunting rakaman Dropbox Capture anda, termasuk memotong dan membuang perkataan pengisi. Anda juga boleh mengeksport rakaman video sebagai GIF.
highlight icon


Perhatian
:

  • Pelanggan dalam Dropbox Basic, Plus dan Family hanya boleh menyunting video berdurasi lima minit atau kurang.
  • Pelanggan dalam Dropbox Professional, Essentials, Standard, Advanced, Business, Business Plus dan Enterprise boleh menyunting video berdurasi 30 minit atau kurang.
  • Hanya pelanggan dalam Dropbox Professional, Essentials, Standard, Advanced, Business, Business Plus dan Enterprise yang boleh membuang perkataan pengisi dan mencipta GIF. 
  • Had saiz fail untuk semua rakaman ialah 2GB.

Cara memotong rakaman video

Untuk memotong rakaman video yang dicipta dengan Dropbox Capture:

  1. Buka video melalui capture.dropbox.com.
  2. Klik Sunting video dalam bar sisi sebelah kanan. 
    • Anda juga boleh membuka apl desktop Dropbox Capture daripada bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac), melayangkan tetikus ke atas video dan mengklik ikon gunting untuk menyunting.
  3. Gunakan kawalan di bahagian bawah tetingkap untuk memilih bahagian dalam video anda.
  4. Bergantung pada tindakan yang ingin dilakukan, klik Kekalkan pilihan atau  Hapus pilihan.
  5. Klik Simpan perubahan
    • Anda boleh mengklik Batal pada bila-bila masa untuk menukar video anda kembali kepada keadaan asal.

Setelah disimpan, video yang disunting akan menggantikan fail asal.

Tangkapan boleh dinamakan semula dengan mengklik ikon pensel di sebelah kanan nama fail.

Cara membuang perkataan pengisi 

Apabila rakaman video dengan audio berdurasi kurang daripada 30 minit, anda boleh memotong video secara automatik untuk membuang "aa" dan "mm" daripada audio.

Untuk berbuat demikian: 

  1. Log masuk ke capture.dropbox.com
  2. Klik rakaman yang ingin dibuang perkataan pengisi.
  3. Klik Sunting. 
  4. Klik Buang perkataan pengisi.
highlight icon

Perhatian: Ini hanya dibolehkan apabila video telah ditranskripsi dan jika ada sekurang-kurangnya 1 perkataan pengisi dijumpai. Setelah selesai, anda akan melihat garis kuning pada pratonton penyuntingan yang telah dibuang perkataan pengisi.

5. Klik Simpan perubahan.

Proses untuk membuang perkataan pengisi boleh mengambil masa beberapa minit, bergantung pada panjang video.
 

Cara mencipta GIF

Anda boleh mencipta fail GIF dengan Dropbox Capture.

highlight icon

Perhatian: Rakaman mestilah 30 saat atau kurang. Proses untuk mencipta GIF boleh mengambil masa beberapa minit, bergantung pada panjang rakaman. 

Untuk mencipta GIF di capture.dropbox.com:

  1. Log masuk ke capture.dropbox.com
  2. Klik rakaman yang ingin ditukar kepada GIF.
  3. Klik anak panah ke bawah di sebelah Kongsi.
  4. Klik Muat turun video sebagai GIF. 
  5. Pratonton GIF dan klik Muat turun.

GIF akan dimuat turun ke komputer anda. Ini tidak menjejaskan rakaman asal dalam Dropbox Capture.

Anda boleh mencipta GIF dengan aplikasi Dropbox Capture pada macOS. Untuk melakukan ini:

  1. Buka aplikasi desktop Dropbox Capture.
  2. Klik Tunjuk lagi. 
  3. Klik GIF. 
  4. Pilih bahagian skrin yang ingin ditangkap.
    • Klik sekali untuk merakam keseluruhan skrin anda.
    • Klik dan seret untuk merakam bahagian skrin yang diingini.
    • Tekan bar ruang untuk merakam tetingkap tertentu.
  5. Klik ikon berhenti (segi empat sama putih dalam bulatan merah).
  6. GIF anda akan disimpan ke Dropbox Capture secara automatik.

Apl Dropbox Capture untuk Windows tidak dapat mencipta GIF pada masa ini.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan