Cari dokumen Dropbox Paper

Anda boleh mencari dokumen Paper anda, dan sebarang dokumen yang telah dikongsi dengan anda, menggunakan bar carian dalam Dropbox Paper. 
Perhatian: Jika anda menggunakan Dropbox Paper keluaran 2020, anda boleh menemui dokumen anda menggunakan bar carian dalam Dropbox.

Bar carian mencari teks lengkap dokumen Paper. Untuk mencari sebarang dokumen yang ada, anda boleh mencari:

  • Tajuk atau nama dokumen
  • Kandungan di dalam dokumen
  • Nama ahli pasukan, untuk melihat semua dokumen yang telah mereka cipta

Untuk mengakses carian:

  1. Klik ikon carian (kanta pembesar) dalam sebarang dokumen.
  2. Mulakan menaip dalam bar carian. Semua dokumen yang sepadan akan dipaparkan.

Cara mencari teks dalam dokumen Paper

Anda juga boleh mencari perkataan atau frasa tertentu dalam dokumen Paper yang dibuka. 

Untuk mencari dalam dokumen di web:

  1. Tekan control-F (Windows) atau command-F (Mac).
  2. Taip perkataan atau frasa ke dalam bar carian.

Untuk mencari dalam dokumen pada aplikasi Paper iPhone/iPad:

  1. Taip "" (elipsis) di bahagian atas kanan.
  2. Tekan Cari dalam dokumen.
  3. Taip perkataan atau frasa dalam bar carian.

Untuk mencari dalam dokumen pada aplikasi Paper Android:

  1. Tekan “” (elipsis menegak) di bahagian atas kanan.
  2. Tekan Cari dalam dokumen.
  3. Taip perkataan atau frasa dalam bar carian.

Cara menggunakan hashtag sebagai label untuk carian

Anda boleh membuat carian lebih berkuasa dengan menggunakan hashtag dalam dokumen anda. Hashtag boleh diklik dalam dokumen dan anda boleh menggunakan carian untuk mencari semua dokumen yang ada yang mengandungi hashtag yang sama.

Sebagai contoh, taip #anjing di mana-mana di dalam dokumen anda. Kemudian, untuk menggunakan hashtag ini dalam carian, taip hashtag dan kata kunci dalam bar carian (dalam situasi ini #anjing). Hasil carian menunjukkan semua dokumen yang ada yang mengandungi hashtag itu.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan