Anda boleh mencari imej dalam akaun Dropbox anda berdasarkan kandungan di dalamnya. Sebagai contoh, anda boleh mencari “pakaian” untuk melihat semua imej pakaian (dan imej berkaitan dengan pakaian) dalam akaun Dropbox anda—walaupun jika “pakaian” tiada dalam nama fail.
Untuk mencari imej dalam akaun Dropbox anda:
Akaun Dropbox anda mesti ditetapkan kepada bahasa yang anda gunakan untuk mencari, kecuali carian bahasa Inggeris, yang mana berfungsi dengan mana-mana tetapan bahasa.
Perhatian: Carian imej mungkin tidak akan berfungsi seperti yang dijangka (dalam bahasa Inggeris) jika akaun Dropbox anda ditetapkan kepada bahasa Cina, bahawa Taiwan, bahasa Korea, bahasa Malaysia, atau bahasa Thai.
Imej boleh dicari dalam bahasa-bahasa berikut:
Serupa dengan carian kandungan teks, apabila anda memuat naik jenis fail imej yang disokong, kandungan akan dikenal pasti dalam imej. Apabila anda mencari kata kunci, hasil yang dipaparkan akan mengandungi kandungan yang sepadan dengan kata kunci tersebut, atau berkaitan dengan kata kunci tersebut. Maklumat ini hanya akan digunakan untuk memperbaiki proses mendapatkan fail dalam akaun anda.