Apa itu Dropbox Advanced?

Dikemas kini Jul 09, 2026

In this article

person icon

Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada pelanggan di Dropbox Advanced.


Dropbox Advanced memberikan pasukan 15 TB daripada jumlah ruang simpanan, dikongsi di kalangan seluruh pasukan (5 TB bagi setiap lesen yang digunakan secara aktif dengan minimum 3 lesen), bersama dengan keupayaan pentadbir, audit, keselamatan, dan penyepaduan yang canggih.
highlighter icon

Nota: Jumlah maksimum ruang simpanan yang boleh anda beli pada pelan Advanced ialah 1,000 TB.

Ketahui lagi tentang setiap pelan Dropbox dan ciri-cirinya.

Apakah ciri-ciri yang tersedia kepada pasukan dalam Dropbox Advanced?

Pelan Advanced membantu pasukan kekal teratur, fokus, dan bekerjasama dengan lebih berkesan. Ia mempunyai semua ciri yang tersedia untuk pasukan di Dropbox Standard, selain daripada:

  • Simpanan bagi setiap lesen: Bermula pada 15 TB daripada jumlah ruang simpanan, dikongsi di kalangan pasukan (5 TB bagi setiap lesen yang digunakan secara aktif dengan minimum 3 lesen).*
    • Perhatian: 
      • Lesen yang digunakan secara aktif ialah apabila orang unik kerap log masuk dan menggunakan Dropbox.
      • Lesen tidak aktif tidak dibuang secara automatik. Jenis pentadbir tertentu boleh menambah atau membuang lesen daripada konsol pentadbir.
  • Penghantaran fail besar: Hantar fail dengan Dropbox Transfer, dengan had saiz pemindahan 100 GB.
  • Kawalan pasukan: Urus jemputan pasukan, luluskan peranti yang digunakan oleh ahli pasukan untuk fail kerja, dan akses akaun kerja ahli pasukan dengan log masuk sebagai pengguna.
  • Penyepaduan aplikasi: Gunakan penyepaduan daftar diri tunggal (SSO) dan panggilan API untuk migrasi data.
  • Pengurusan pentadbir: Agihkan pentadbiran pasukan dengan akses kepada pentadbir berperingkat.
  • Makluman keselamatan dan pengesanan perisian tebusan: Dapatkan pemberitahuan mengenai ancaman yang disyaki dan ambil tindakan untuk melindungi data anda dengan segera.
  • Sokongan masa nyata: Hubungi sokongan melalui telefon, sembang, atau e-mel.
  • Pengurusan kekunci lanjutan: Sulitkan data anda dengan kekunci pasukan unik dan pendekatan penyulitan kekunci berlapis-lapis.
  • Penyulitan hujung ke hujung: Bantu cegah pihak ketiga daripada mengakses data anda yang dipindahkan.

*Sesetengah pelanggan pelan Dropbox Advanced lama masih boleh meminta ruang simpanan tambahan, bergantung pada tarikh pembelian mereka. Permintaan diluluskan mengikut kesesuaian sambil membolehkan Dropbox menguruskan storan secara bertanggungjawab.

Soalan Lazim tentang Dropbox Advanced

Berapakah kos Dropbox Advanced?

Kos Dropbox Advanced bergantung pada beberapa faktor, termasuk bilangan ahli dalam pasukan dan lokasi geografi anda.

Nota: Pelan Dropbox Advanced memerlukan pembelian sekurang-kurangnya 3 lesen.

Bagaimanakah saya boleh membeli Dropbox Advanced?

Untuk membeli Dropbox Advanced, lawati halaman pembelian utama.

Bolehkah saya naik menaik taraf pasukan Dropbox Standard saya kepada Dropbox Advanced?

Ya. Jika anda mempunyai akaun pasukan Dropbox sedia ada, anda boleh berpindah ke pelan Advanced.

Jika pasukan anda menggunakan Dropbox Standard:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol pentadbir.
  3. Kllik Pengebilan.
  4. Di bawah Produk, klik Tukar pelan.
  5. Pilih Dropbox Advanced.
  6. Klik Sahkan.

Anda akan dicaj amaun prorata apabila anda menaik taraf. Pada tempoh pengebilan anda yang seterusnya, kos langganan anda akan merangkumi harga penuh Dropbox Advanced.

Jika pasukan anda menggunakan Dropbox Enterprisehubungi pasukan jualan kami untuk menukar pelan anda.

Apakah yang akan berlaku jika akaun saya melebihi kuota ruang simpanan saya?

Jika akaun Dropbox anda melebihi kuota ruang simpanan, maka penyelarasan fail akan berhenti. Penyelarasan akan disambung semula selepas anda mengembalikan akaun anda di bawah kuota simpanan anda.

Pasukan sokongan kami mungkin menghubungi anda dan memaklumkan anda bahawa anda perlu membuang fail untuk kembali berada di bawah kuota simpanan. Jika akaun anda terus melebihi kuota simpanannya, akaun anda mungkin ditutup, atau fail anda mungkin dihapuskan. Kami akan memaklumkan anda sebelum ini berlaku dan memberi anda peluang menyimpan fail anda.

Adakah artikel ini berguna?

Maklumkan kepada kami mengapa ia tidak membantu

Terima kasih kerana memberitahu kami!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan