Setelah fail ditambah ke akaun Dropbox anda, ia diselaraskan ke pelayan dalam talian kami yang selamat. Semua fail yang disimpan dalam talian oleh Dropbox disulitkan dan disimpan pada pelayan storan yang selamat.
Di manakah pelayan Dropbox berada?
Pelayan storan terletak di pusat data di seluruh Amerika Syarikat. Pelayan storan juga ada di Australia, Kesatuan Eropah, Jepun dan United Kingdom untuk pengguna Dropbox yang layak.
Ketahui cara perkhidmatan Dropbox berfungsi.
Bolehkah saya menukar tempat data fail saya disimpan?
Jika data pasukan anda disimpan di Amerika Syarikat tetapi alamat pengebilan pasukan anda berada di tempat lain, anda mungkin boleh memindahkan data anda ke pelayan yang lebih dekat dengan alamat pengebilan pasukan anda.