Jika anda diminta untuk menyertai pasukan Dropbox Business semasa anda cuba mengakses akaun Dropbox peribadi anda, itu bermakna salah satu daripada ini telah berlaku:
- Anda telah mencipta akaun Dropbox Basic, Plus atau Professional menggunakan alamat e-mel kerja anda.
- Pentadbir anda telah menghantar jemputan pasukan Dropbox Business ke akaun peribadi anda.
- Dalam situasi ini, anda mungkin perlu meminta pentadbir anda menghantar semula jemputan itu ke e-mel kerja anda.
Apa yang saya perlu lakukan jika saya diminta untuk menyertai pasukan?
Jika anda diminta untuk menyertai pasukan Dropbox Business atau Enterprise, anda akan nampak dua pilihan untuk fail sedia ada anda:
- Hantar kepada [nama pasukan]
- Semua fail sedia ada dalam akaun semasa anda akan dihantar ke akaun Business anda, dan pentadbir anda akan mempunyai akses kepada semua fail tersebut.
- Simpan secara berasingan daripada [nama pasukan]
- Anda akan diminta untuk mencipta akaun Dropbox yang baru untuk semua fail sedia ada dalam akaun anda, dan pentadbir anda tidak akan mempunyai akses kepada fail-fail ini.
Selepas anda memilih bagaimana anda ingin meneruskan, klik Teruskan. Kemudian anda mungkin perlu mengesahkan semula alamat e-mel anda.
Perhatian: Jika anda sudah menggunakan akaun peribadi anda, minta pentadbir anda menghantar semula jemputan pasukan ke akaun kerja anda.