Apakah yang berlaku kepada langganan saya jika saya menyertai pasukan Dropbox dengan akaun Dropbox yang sedia ada?
Jika anda menaik taraf atau berpindah daripada Dropbox Plus atau Professional kepada Dropbox Standard, Advanced, atau Enterprise, langganan Plus atau Professional anda akan berakhir serta-merta. Sebarang baki kredit pada langganan Plus atau Profesional akan dibayar balik kepada kaedah bayaran asal. Setiap pemilik akaun Dropbox individu boleh menjejaki maklumat ini pada halaman bayaran akaun.
Jika bayaran balik automatik tidak diluluskan atas sebarang sebab (seperti kad kredit luput), kami akan memberitahu pemilik akaun melalui e-mel.