Pasukan Dropbox Basic ialah pelan pasukan percuma, yang membolehkan anda bekerjasama, berkongsi fail dan dokumen, serta mengusahakan projek bersama-sama, semuanya dalam ruang kerja yang dikongsi hingga seramai 10 orang.
Ketahui lagi tentang pasukan Basic.
Pasukan anda layak untuk turun taraf jika:
- Pasukan itu mempunyai 10 orang ahli atau kurang
- Pasukan telah menggunakan 2 GB atau kurang daripada ruang simpanan
Menurun taraf daripada pelan pasukan berbayar akan bermakna:
- Ruang simpanan yang dikongsi oleh pasukan akan menjadi 2 GB
- Had saiz untuk pasukan akan menjadi 10 ahli
- Ciri keselamatan premium seperti SSO, verifikasi dua langkah dan kelulusan peranti akan dibuang
- Permintaan tandatangan tanpa had akan dibuang
- Tempoh 180 hari untuk pemulihan fail terhapus akan dikurangkan kepada 30 hari
- Keupayaan untuk menjejaki interaksi fail akan dibuang
- Akses API untuk apl yang dipautkan akan dibatalkan
Pentadbir yang menurun taraf pasukan akan kekal sebagai pentadbir pasukan Basic. Mana-mana pentadbir lain akan menjadi ahli pasukan.
Ahli pasukan dalam pasukan Basic akan menyimpan akses ke folder ahli mereka, serta mana-mana folder pasukan yang yang diakses mereka sebelum ini. Mana-mana ahli pasukan Basic boleh mencipta pasukan folder baharu dan menetapkan sekatan akses untuk folder yang mereka cipta.
Pentadbir pasukan boleh membuang ahli atau membubarkan pasukan pada bila-bila masa.
Cara menurun taraf pasukan
Untuk menurun taraf pasukan anda daripada pasukan berbayar:
- Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
- Klik Konsol Pentadbir dalam bar sisi di sebelah kiri.
- Klik Pengebilan di bar sisi kiri.
- Tatal ke bawah dan klik Batalkan pelan.
- Pilih sebab anda ingin membatalkan langganan.
- Klik Teruskan dengan pembatalan.
- Di bawah Sila setuju dengan yang berikut, tandakan semua kotak.
- Klik Lengkapkan pembatalan.
- Pada halaman utama dropbox.com anda, klik Lihat pilihan dalam bar merah di bahagian atas skrin anda.
- Pilih Tukar kepada pelan Dropbox percuma untuk pasukan.
- Klik Sahkan perubahan
Untuk menurun taraf pasukan anda pada penghujung percubaan percuma:
- Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
- Klik Lihat pilihan dalam sepanduk di bahagian atas skrin anda.
- Pilih Tukar pelan pasukan saya kepada pelan Basic percuma.
- Klik Sahkan perubahan.