Cara menggunakan Dropbox Backup

Dropbox Backup tersedia kepada pengguna dalam pelan Dropbox Backup, dan kepada pengguna dalam pelan Dropbox Basic, Plus, Professional, Family, Standard, Advanced dan Enterprise.

Perhatian: Keupayaan untuk menyandarkan pemacu keras luaran anda ke Dropbox Backup hanya tersedia kepada pengguna dalam pelan Dropbox Backup, dan pengguna dalam pelan Dropbox Basic, Plus dan Professional buat masa ini.

Dropbox Backup menyediakan cara yang mudah untuk menyandarkan fail dan folder penting secara automatik daripada komputer dan pemacu keras luaran anda supaya anda boleh memastikan kandungan selamat dan dapat memulihkannya dengan cepat jika masalah berlaku. Selepas fail anda disandarkan ke Dropbox Backup, anda boleh mengaksesnya dari mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox.

Lihat cara Dropbox memudahkan anda untuk membuat sandaran dan memulihkan fail.

Bahagian dalam artikel ini:

Ciri-ciri Dropbox Backup

Menyandarkan komputer

Dengan Dropbox Backup, anda boleh memilih fail dan folder yang ingin disandarkan daripada komputer anda kepada sandaran awan dengan mudah. Selepas sandaran awal, sebarang perubahan yang anda buat kepada folder atau kandungan folder tersebut pada komputer anda juga akan dikemas kini secara automatik dalam Dropbox Backup. 

Anda boleh mengakses folder, yang disandarkan di bawah "Mac" atau "PC", dari mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox, seperti dropbox.com, folder Dropbox dalam File Explorer (Windows) atau Finder (Mac), dan aplikasi mudah alih Dropbox. 

Perhatian: Jika anda berada dalam pasukan perniagaan Dropbox, folder Mac atau PC anda mungkin berada dalam folder ahli pasukan anda.

Menyandarkan pemacu keras luaran

Keupayaan untuk menyandarkan pemacu keras luaran anda ke Dropbox Backup hanya tersedia kepada pengguna dalam pelan Dropbox Backup dan pengguna dalam pelan Dropbox Basic, Plus dan Professional.

Selepas anda memasang pemacu keras luaran dan bersetuju untuk membuat sandaran, fail anda akan disandarkan ke Dropbox Backup.

Selepas fail disandarkan, anda boleh mengakses fail itu di mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox, seperti dropbox.com, folder Dropbox dalam File Explorer (Windows) atau Finder (Mac) dan aplikasi mudah alih Dropbox.

Perhatian: Anda tidak boleh membuat perubahan (seperti menyunting, menambah atau mengalihkan) pada fail dalam Dropbox yang disandarkan daripada pemacu keras luaran. Jika anda ingin membuat perubahan kepada fail-fail ini, buat perubahan itu terus pada fail dalam pemacu keras luaran anda. Sandaran anda akan dikemas kini secara automatik setiap jam semasa pemacu keras luaran anda terpasang.

Memulihkan fail dan folder anda daripada sandaran

Dengan Dropbox Backup, anda boleh memulihkan fail dan folder yang telah disandarkan, ke komputer baru. Anda akan mempunyai pilihan untuk memuat turun sandaran anda sebagai fail .zip atau pun memuat turun semua fail dan folder anda ke lokasi yang sama seperti komputer anda yang terdahulu.

Cara mengakses Dropbox Backup

Di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Sandaran daripada senarai yang muncul.

Pada aplikasi desktop Dropbox:

  1. Buka keutamaan desktop Dropbox anda.
  2. Klik Sandaran.
  3. Klik Sediakan atau Urus sandaran.

Cara menyediakan sandaran anda

Sebelum menyediakan sandaran, lakukan perkara yang berikut:

  • Tutup semua fail dan aplikasi pada komputer anda.
  • Pasang aplikasi desktop Dropbox, jika anda belum berbuat demikian.
  • Sambungkan ke Internet.
  • Jika mana-mana folder telah disandarkan ke pembekal penyimpanan awan yang lain (seperti iCloud, OneDrive atau Google Backup dan Sync), lumpuhkan sandaran tersebut dan pastikan fail anda kembali ke folder asal pada komputer anda. (Jika tidak pasti caranya, rujuk pusat bantuan syarikat itu).

Untuk menyediakan sandaran anda:

  1. Buka keutamaan desktop Dropbox anda.
  2. Klik tab Sandaran.
  3. Klik Setup.
  4. Di bawah Tambah sandaran, pilih komputer atau pemacu keras luaran yang ingin disandarkan.
  5. Klik Mari mulakan (komputer) atau Sandarkan [nama pemacu] (pemacu keras luaran).
  6. Tandakan kotak di sebelah folder yang ingin disandarkan.
  7. Klik Sediakan atau Sandarkan.
  8. Jika anda menggunakan Mac, klik OK apabila digesa bagi memberikan Dropbox keizinan untuk mengakses folder anda.

Anda boleh menggunakan komputer seperti biasa semasa sandaran sedang berjalan. Jika mana-mana fail gagal disandarkan, satu pintasan akan dicipta dalam Dropbox yang dinamakan Fail pada komputer saya yang akan membawa anda ke lokasi fail pada komputer anda.  

Cara menguruskan sandaran anda

Untuk menguruskan sandaran anda:

  1. Buka keutamaan desktop Dropbox anda.
  2. Klik tab Sandaran.
  3. Klik Urus sandaran.
  4. Pilih sandaran yang ingin diuruskan di sebelah kiri.
    • Klik Lihat kandungan untuk membuka tetingkap pelayar dan melihat semua fail dan folder dalam sandaran itu.
    • Klik Lihat perkembangan untuk melihat status langsung sandaran itu.
    • Klik Lihat sejarah untuk melihat sejarah versi bagi sandaran itu.
    • Klik Utamakan fail untuk membuka tetingkap File Explorer (Windows) atau Finder (Mac) dan pilih fail untuk diselaraskan dengan segera (komputer sahaja).
    • Klik Langkau fail untuk membuka tetingkap File Explorer atau Finder dan pilih fail untuk dikecualikan daripada diselaraskan (komputer sahaja).
    • Klik Lihat fail yang dihapuskan untuk membuka tetingkap pelayar dan memulihkan fail yang paling baru dihapuskan.
    • Klik Undur sandaran untuk memulihkan versi terdahulu sandaran anda.           
      • Perhatian: Dropbox Rewind tidak tersedia kepada pengguna Dropbox Basic.        
    • Klik Tukar folder untuk menukar folder yang ingin disandarkan (komputer sahaja).
    • Klik Lumpuhkan sandaran untuk mematikan komputer atau sandaran pemacu keras luaran anda.

Cara melumpuhkan sandaran anda

Sebelum melumpuhkan sandaran, semak perkara yang berikut:

Untuk melumpuhkan sandaran komputer anda:

  1. Buka keutamaan desktop Dropbox anda.
  2. Klik tab Sandaran.
  3. Klik Urus sandaran
  4. Di bawah Ubah suai tetapan, klik Lumpuhkan sandaran.
  5. Pilih Simpan kandungan dalam folder pada PC/Mac ini atau Biarkan kandungan dalam Dropbox.
    • Jika anda memilih Simpan kandungan di dalam folder pada PC/Mac ini, fail dan folder yang anda hentikan sandaran boleh ditemui di dalam folder asalnya pada komputer anda. 
    • Jika anda memilih Biarkan kandungan dalam Dropbox, fail-fail baru yang anda tambah kepada folder tersebut akan disimpan ke folder asal pada komputer anda, namun fail dan folder yang anda sandarkan sebelumnya ke Dropbox menggunakan sandaran komputer akan kekal dalam akaun Dropbox anda. Pada komputer anda, fail-fail itu akan dapat diakses melalui pintasan dalam folder asal yang dinamakan Fail saya dalam Dropbox
      • Perhatian: Jika anda nampak Sediakan pula, ini bermakna sandaran komputer sudah dimatikan.
  6. Klik Lumpuhkan sandaran.

Untuk melumpuhkan sandaran pemacu keras luaran anda:

  1. Buka keutamaan desktop Dropbox anda.
  2. Klik tab Sandaran.
  3. Klik Urus sandaran
  4. Di bawah Ubah suai tetapan, klik Lumpuhkan sandaran.
  5. Klik Lumpuhkan untuk mengesahkan keputusan anda.

Cara memulihkan fail dan folder daripada sandaran

Anda boleh memulihkan fail dan folder yang telah disandarkan, ke komputer baru, dengan mudah jika masalah berlaku. Terdapat 2 cara untuk memulihkan fail dan folder daripada sandaran. Anda boleh memulihkan keseluruhan sandaran komputer anda ke komputer baru daripada aplikasi desktop Dropbox, atau memilih untuk memulihkan hanya sebahagian daripada sandaran komputer atau mana-mana bahagian sandaran pemacu keras luaran anda ke komputer baru daripada dropbox.com.

Untuk memulihkan keseluruhan sandaran komputer anda ke komputer baru:

  1. Muat turun aplikasi desktop Dropbox pada komputer baru anda.
    • Jika anda mempunyai sandaran yang sedia ada, anda akan digesa untuk memulihkan daripada sandaran anda.
    • Jika anda mempunyai lebih daripada satu sandaran yang sedia ada, pilih sandaran yang diutamakan daripada menu pilihan.
  2. Klik Tambah fail.
  3. Klik Sahkan.
  4. Klik OK.

Anda boleh menggunakan komputer anda seperti biasa semasa pemulihan sedang berjalan pada latar belakang. Setelah selesai, klik OK pada pemberitahuan yang muncul.

Untuk memulihkan sebahagian sahaja daripada sandaran komputer anda atau mana-mana bahagian daripada sandaran pemacu keras luaran anda ke komputer baru:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Sandaran daripada menu yang muncul.
    • Dropbox Backup akan dibuka dalam tab baru.
  4. Klik "Mac" atau "PC".
  5. Tandakan kotak di sebelah folder yang ingin dimuat turun.
  6. Klik Muat turun.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut tentang Dropbox Backup, lihat soalan lazim kami.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan