Cara memulihkan fail dan folder dengan Dropbox Backup

Anda boleh memulihkan fail dan folder yang telah disandarkan ke komputer baru dengan mudah jika masalah berlaku. 

Untuk memulihkan keseluruhan sandaran komputer anda ke komputer baru:

  1. Muat turun aplikasi desktop Dropbox pada komputer baru anda.
    • Jika anda mempunyai sandaran yang sedia ada, anda akan digesa untuk memulihkan daripada sandaran anda.
    • Jika anda mempunyai lebih daripada satu sandaran yang sedia ada, pilih sandaran yang diutamakan daripada menu pilihan.
  2. Klik Sahkan.
  3. Klik OK.

Anda boleh menggunakan komputer anda seperti biasa semasa pemulihan sedang berjalan pada latar belakang. Setelah selesai, klik OK pada pemberitahuan yang muncul.

Untuk memulihkan sebahagian sahaja daripada sandaran komputer anda atau mana-mana bahagian daripada sandaran pemacu keras luaran anda ke komputer baru:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Sandaran daripada menu yang muncul.
    • Dropbox Backup akan dibuka dalam tab baru.
  4. Klik "Mac" atau "PC".
  5. Tandakan kotak di sebelah folder yang ingin dimuat turun.
  6. Klik Muat turun.

Anda juga boleh memulihkan folder yang baru dihapuskan dalam Dropbox Backup pada komputer atau pemacu keras luaran anda. Untuk melakukan ini:

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda.
  2. Klik tab Penyelarasan dan Sandaran.
  3. Pilih sandaran yang ingin dipulihkan.
  4. Klik Lihat fail yang disandarkan.
  5. Klik Tunjuk fail yang dihapuskan.
  6. Tanda rait kotak di sebelah kiri folder terhapus (ikon tong sampah akan dipaparkan) yang ingin dipulihkan.
  7. Klik Pulihkan.
  8. Klik Pulihkan semua fail.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut tentang Dropbox Backup, lihat soalan lazim kami.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan