Bahagian dalam artikel ini:
Sandaran awan membuat salinan fail yang selamat dan terkini pada komputer anda yang boleh diakses dari mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox.
Sandaran awan tidak mengosongkan ruang pada komputer anda atau memberi anda ruang simpanan tambahan. Pelan Dropbox Backup menawarkan seberapa banyak ruang simpanan yang anda perlukan untuk menyandarkan satu komputer dan satu pemacu luaran ke awan secara automatik.
Penyimpanan awan memberikan ruang tambahan yang boleh digunakan untuk menyimpan fail dan folder dalam talian, di awan. Dengan penyimpanan awan, fail anda tersedia di mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox, di samping membolehkan anda mengatur kandungan anda, menyelaraskan pada semua peranti yang anda daftar masuk, dan berkolaborasi dengan orang lain. Anda boleh menggunakan penyimpanan awan untuk mengosongkan ruang pada komputer dan peranti lain dengan menyediakan kandungan dalam talian sahaja. Pelan seperti Dropbox Basic, Plus, Family, Professional, Standard, Advanced dan Enterprise menyediakan penyimpanan awan untuk keperluan peribadi dan perniagaan anda.
Anda boleh memilih folder yang disandarkan daripada komputer anda atau pemacu keras luaran semasa penyediaan. Untuk melihat senarai lengkap fail yang disandarkan dalam akaun Dropbox anda:
Jika anda memilih untuk menyandarkan komputer anda, anda hanya boleh menyandarkan fail dan folder daripada pemacu keras dengan aplikasi desktop Dropbox pada pemacu itu (biasanya pemacu yang dipasangkan sistem pengendalian anda). Jika anda mempunyai pemacu lain yang terpasang, pemacu itu tidak akan termasuk dalam sandaran.
Anda juga boleh memilih untuk mengecualikan fail dan folder tertentu daripada sandaran anda dengan mengklik kanan fail dan folder itu dalam folder Dropbox dalam File Explorer/Finder dan memilih Jangan selaraskan ke dropbox.com.
Tidak. Proses sandaran mencipta salinan fail anda dalam Dropbox Backup tetapi masih mengekalkan fail pada komputer atau pemacu keras luaran anda. Jika anda menghapuskan fail daripada komputer atau akaun Dropbox anda, fail tersebut juga akan dihapuskan daripada lokasi lain. Fail yang disandarkan daripada pemacu keras luaran anda hanya boleh dihapuskan terus daripada pemacu keras luaran.
Anda boleh memulihkan fail dan folder yang dihapuskan daripada sandaran anda hingga 30 atau 180 hari, bergantung pada pelan anda. Apabila anda memulihkan fail dan folder di dropbox.com, fail dan folder tersebut juga akan dipulihkan pada komputer anda.
Anda boleh menyandarkan jenis pemacu keras luaran yang berikut ke Dropbox Backup:
Perhatian: Pemacu APFS yang disulitkan tidak disokong.
Beta Dropbox Backup boleh menyandarkan fail dan folder yang disandarkan menggunakan iCloud, Google Drive dan One Drive. Walau bagaimanapun, anda tidak diwajibkan tetapi disyorkan agar melumpuhkan akaun tersebut sebelum menggunakan Dropbox Backup.
Jika anda menggunakan versi legasi Dropbox Backup, anda mesti melumpuhkan sandaran anda yang lain sebelum menggunakan Dropbox Backup. Ketahui cara untuk melumpuhkan iCloud, Google Drive dan OneDrive.
Anda boleh menyemak versi Dropbox Backup yang anda gunakan dengan melihat logo sepanduk selepas mendaftar masuk di dropbox.com/backup/all. Jika anda menggunakan Beta Dropbox Backup, anda akan melihat Beta di sebelah kanan Dropbox Backup di bahagian atas halaman.
Ketahui cara mengemas kini kepada Beta Dropbox Backup.
Pastikan aplikasi desktop Dropbox dipasang pada komputer anda dan ketahui cara untuk:
Sesetengah pemacu keras luaran perlu mencipta fail log untuk berfungsi. Dropbox mengabaikan penciptaan fail ini untuk menjimatkan ruang dalam sandaran anda. Untuk berbuat demikian, Dropbox mencipta fail pemegang tempat .dbxignore yang tidak banyak memakan ruang.
Tidak, anda tidak boleh menyimpan folder Dropbox pada pemacu keras luaran yang ingin disandarkan. Jika ada, alihkan kembali ke pemacu keras komputer anda sebelum anda menyandarkan pemacu keras luaran.
Jika anda menerima mesej ralat ini, fail anda selamat, tetapi terdapat masalah teknikal yang menghentikan sandaran asal anda dan mencipta sandaran baharu. Sandaran baharu akan mempunyai "(baharu)" atau nombor (cth. "MyDrive(1)") di hujung nama dan akan berfungsi sama seperti yang asal. Sebarang perubahan yang dibuat pada komputer atau pemacu keras anda hanya akan ditunjukkan dalam sandaran baharu.
Sandaran baharu bermula dengan sejarah versi baharu. Untuk menyimpan sejarah versi asal, anda boleh menyimpan sandaran lama.
Anda boleh mengosongkan ruang dengan menghapuskan sandaran lama. Menghapuskan sandaran lama dalam Dropbox tidak akan menghapuskan sebarang fail pada komputer atau pemacu keras luaran anda.
Perhatian: Sebelum anda menghapuskan sandaran lama, semak untuk memastikan sandaran baharu mempunyai semua fail yang anda perlukan. Jika terdapat fail yang anda ingin simpan dalam sandaran lama yang tidak ditunjukkan dalam sandaran baharu, muat turun fail tersebut sebelum anda menghapuskan sandaran lama.
Jika anda melihat mesej ralat yang mengatakan bahawa Dropbox Backup telah berhenti berfungsi, daftar keluar dan daftar masuk semula ke aplikasi desktop Dropbox. Anda perlu menyediakan sandaran anda sekali lagi untuk terus menyandarkan kandungan anda. Jika anda menyediakan sandaran pemacu keras luaran, tanggalkan pemacu keras luaran anda dan pasangkan semula untuk memulakan penyediaan.
Perhatian: Jika anda memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan, sandaran anda masih boleh diakses daripada dropbox.com/backup/all, tetapi tidak lagi akan dikemas kini.
Secara lalai, folder-folder ini tidak disandarkan kerana nama folder boleh menimbulkan masalah teknikal.
Jika anda ingin menyandarkan folder-folder ini, anda perlu menamakannya semula.
Jika anda mendapat ralat semasa menyediakan sandaran, cuba langkah-langkah penyelesaian masalah yang berikut sebelum cuba membuat penyediaan sekali lagi:
Mana-mana fail yang gagal disandarkan ke Dropbox akan diletakkan dalam satu folder yang dinamakan Fail pada komputer saya.
Perhatian: Jika anda menggunakan Mac dan tidak melihat fail anda dalam Finder selepas disandarkan, paksa keluar Finder dan lancarkan semula.
Sandaran tidak dimuat turun ke komputer anda. Oleh itu, anda tidak dapat melihat sandaran itu dalam folder Dropbox dalam File Explorer (Windows) atau Finder (Mac). Anda boleh melihat sandaran anda dengan melakukan tindakan yang berikut:
Mulakan semula aplikasi. Secara khususnya, kami syorkan supaya memulakan semula:
Anda tidak seharusnya mengalihkan, menghapuskan atau menamakan semula mana-mana folder tahap teratas pada komputer anda selepas disandarkan. Melakukan mana-mana tindakan tersebut akan menghentikan sandaran anda. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengalihkan, menghapuskan atau menamakan semula fail dalam folder tahap teratas anda tanpa menjejaskan sandaran.
Dropbox Backup direka bentuk untuk menyandarkan kandungan anda dalam satu arah iaitu daripada peranti anda ke awan. Jika anda ingin menyunting kandungan selepas menyandarkan ke Dropbox Backup, anda perlu berbuat demikian dalam fail atau folder pada peranti asal.
Dropbox Backup direka bentuk untuk menyandarkan dan melindungi kandungan peranti anda, bukan untuk berkongsi dan bekerjasama. Kami menghalang perkongsian supaya anda tidak tersilap memberikan akses kepada kandungan sensitif anda. Untuk berkongsi fail dan folder, gunakan salah satu pelan penyimpanan awan kami seperti Dropbox Basic, Plus, Family, Professional, Standard, Advanced atau Enterprise.
Anda boleh pulihkan fail yang dihapuskan dalam akaun Dropbox anda hingga 30 hari selepas tarikh penghapusan. Baca lebih lanjut tentang cara memulihkan fail yang dihapuskan.
Anda boleh memulihkan sandaran yang dihapuskan dalam tempoh penyimpanan data pelan anda dengan mengikuti langkah ini dalam Cara memulihkan fail dan folder dengan Dropbox Backup.