Apa akan berlaku kepada dokumen Paper saya jika saya menukar jenis akaun saya?
Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox melainkan dinyatakan sebaliknya.
Untuk mengetahui keadaan yang berlaku kepada kandungan anda apabila anda menukar jenis akaun, cari senario di bawah yang berkenaan dengan anda.
Anda menyertai Pasukan Dropbox atau percubaan
Jika anda mempunyai akaun percuma yang sedia ada, anda boleh memilih untuk menggunakan alamat e-mel yang sama untuk menyertai akaun pasukan Dropbox. Semua dokumen anda akan dialihkan bersama anda ke akaun pasukan.
Anda juga boleh pilih untuk mencipta akaun baru menggunakan alamat e-mel yang lain. Dalam keadaan itu, anda akan mencipta akaun baru yang kosong.
Perhatian: Jika anda menggunakan keluaran lama Dropbox Paper dan anda menyertai pasukan Dropbox menggunakan keluaran Paper 2020 yang baru, dokumen daripada akaun lama anda hanya boleh diakses melalui bar carian di dropbox.com. Anda boleh menggunakan bar carian untuk mendapatkan dokumen Paper anda mengikut tajuk atau kandungan di dalam dokumen.
Anda membatalkan langganan pasukan Dropbox anda dan membubarkan pasukan
Jika anda seorang pentadbir dan memilih untuk membubarkan pasukan, semua kandungan milik anda akan dialihkan kembali bersama anda ke akaun peribadi anda, termasuk dokumen kongsian yang telah diakses sebelum ini atau melalui jemputan.
Anda telah dibuang atau meninggalkan pasukan
Jika pentadbir anda menukar akaun anda kepada akaun peribadi atau jika pasukan berada dalam keadaan terkunci dan anda meninggalkan pasukan:
- Semua kandungan sulit (dokumen yang anda cipta dan belum dikongsi dengan sesiapa) akan dialihkan bersama anda ke akaun peribadi anda
- Jika anda tiada akaun peribadi, pentadbir anda mempunyai pilihan untuk menukar akaun anda menjadi akaun peribadi.
- Anda akan kehilangan akses kepada semua kandungan kongsian, termasuk dokumen yang anda miliki dan yang telah dikongsi dengan orang lain (ini untuk mencegah data pasukan daripada meninggalkan pasukan).
Perhatian: Sebarang dokumen kongsian yang telah dicipta oleh ahli itu akan dialihkan ke akaun pentadbir yang membuang ahli tersebut.
Tiada satu pun berkenaan dengan anda?
Hubungi sokongan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan lain yang anda ada.