Lindungi peranti-peranti Dropbox anda
Kata laluan sentiasa diperlukan untuk menyambungkan peranti ke akaun Dropbox. Jika anda melihat peranti yang tidak dikenali, mungkin anda telah log masuk ke akaun Dropbox pada peranti baharu dan membenarkannya secara tidak sengaja. Mungkin juga seseorang telah mengakses akaun e-mel dan kata laluan anda. Ini boleh terjadi jika anda pernah berkongsi e-mel dan kata laluan anda dengan orang lain.
Jika anda nampak peranti yang tidak dikenali, lindungi akaun Dropbox anda dengan mengikut langkah-langkah ini:
Ketahui lokasi peranti anda
Dropbox melog alamat IP setiap peranti yang mengakses akaun anda. Anda boleh menggunakan alamat IP untuk menemui lokasi log masuk dan pembekal Internet yang digunakan.
- Log masuk ke dropbox.com.
- Klik avatar anda.
- Klik Tetapan.
- Klik Keselamatan.
- Layangkan tetikus ke atas ikon ? (tanda soal) di sebelah peranti untuk melihat alamat IP terakhir yang direkodkan. Alamat IP ini akan dikemas kini setiap kali peranti yang mendaftar masuk bersambung ke Internet.
Anda boleh gunakan mana-mana perkhidmatan carian alamat IP untuk maklumat yang lebih terperinci.
Perhatian: Maklumat lokasi tidak selalunya tepat. Sesetengah alamat IP mungkin dikaitkan dengan negara yang salah. Jika negara tidak betul, anda boleh menyemaknya dengan menggunakan mana-mana alat carian alamat IP dalam talian.
Lindungi Dropbox dan akaun e-mel anda
- Tukar kata laluan anda untuk akaun Dropbox anda. Pastikan anda menggunakan kata laluan kukuh yang anda tidak gunakan untuk mana-mana perkhidmatan lain. Apabila penggodam mendapat maklumat sensitif daripada satu perkhidmatan, mereka menggunakannya untuk mengakses akaun di perkhidmatan lain. Ini dimungkinkan mengikut fakta bahawa ramai orang menggunakan kata laluan yang sama pada pelbagai perkhidmatan.
- Tukar kata laluan kepada akaun e-mel yang anda gunakan untuk akaun Dropbox anda.
- Log keluar dari peranti lain yang tidak dikenali dari jarak jauh dan putuskan sambungan sesi web dan apl
- Sediakan verifikasi dua langkah, yang boleh melindungi akaun anda walaupun kata laluan anda diceroboh.
Perhatian: Folder Dropbox hanyalah folder biasa pada komputer anda, jadi ia tidak lebih atau kurang selamat daripada setiap folder pada komputer anda. Kami syorkan supaya anda mengikut amalan keselamatan yang baik untuk melindungi komputer anda secara menyeluruh. Ini termasuklah mewajibkan kata laluan untuk log masuk ke akaun anda, dan untuk menyambung daripada mod tidur, penyelamat skrin, dan skrin kunci.