Bahagian dalam artikel ini:
Pelanjutan sistem Dropbox dipasang secara automatik apabila anda memasang apl desktop Dropbox. Ia membolehkan anda membuka fail dalam talian sahaja daripada File Explorer (Windows), Finder (Mac) atau apl pihak ketiga.
Perhatian:
Pelanjutan sistem Dropbox dipasang secara automatik apabila anda memasang apl desktop Dropbox, tetapi kadangkala pelanjutan ini boleh disekat oleh beberapa keizinan sistem. Jika situasi ini berlaku, ikut arahan di bawah untuk memasang pelanjutan sistem Dropbox secara manual.
Nota: Jika komputer menggunakan sistem pengendalian yang lebih awal daripada macOS 11, anda boleh mengemas kini keutamaan sistem anda untuk membenarkan pelanjutan sistem yang disekat.
Untuk menyahpasang pelanjutan sistem:
Sebagai pentadbir pasukan, anda boleh menyahpasang pelanjutan sistem Dropbox daripada komputer pasukan anda. Untuk melakukannya, pergi ke halaman pelanjutan sistem Dropbox dalam konsol pentadbir, tanda rait kotak dan klik Nyahpasang.
Selepas pelanjutan sistem dinyahpasang, ahli pasukan masih boleh menggunakan folder Dropbox dalam File Explorer/Finder. Walau bagaimanapun, semua fail dalam talian sahaja akan menjadi tersedia di luar talian dan pelanjutan akan dilumpuhkan untuk kedua-dua akaun pasukan mereka dan mana-mana akaun peribadi yang dipautkan yang dimiliki oleh mereka.
Perhatian: Apabila fail dalam talian sahaja menjadi tersedia di luar talian, fail tersebut akan dimuat turun terus ke komputer ahli pasukan.
Pelanjutan sistem Dropbox adalah selamat dan hanya digunakan untuk pengurusan fail dalam talian sahaja. Pelanjutan ini serupa dengan pemacu dan pelanjutan sistem lain yang mungkin perlu dipasang untuk perkakasan atau perisian, seperti pencetak, pemacu keras atau aplikasi desktop.
Ketahui lebih lanjut tentang cara Dropbox memastikan fail anda selamat dan terjamin.