Apakah maksuh produk Dropbox berada dalam "alpha" atau "beta"?

Di Dropbox, kami sentiasa mencipta dan meneroka produk baru. Sesetengah produk ini masih dalam pembangunan tetapi menjanjikan hasil, jadi kami mahu memberi anda peluang untuk mencubanya. Kami gunakan beberapa nama berbeza untuk merujuk kepada produk-produk ini, termasuk "akses awal," "alpha," "beta," "pratonton," dll.

Produk ini selalunya belum tertakluk kepada ujian kebolehpercayaan, ketersediaan dan keselamatan seperti produk Dropbox yang lain. Selain itu, ciri-ciri yang ia ada akan terus berubah. Jika salah satu produk ini tidak disukai pengguna seperti yang kami harapkan, kami mungkin akan berhenti menawarkannya sama sekali. Disebabkan ini, kami minta anda berhati-hati semasa memutuskan bila dan jika anda menggunakan salah satu produk ini.

Akhir sekali, produk ini tertakluk kepada beberapa terma perkhidmatan tambahan. Jika anda mempunyai akaun Dropbox Business, terma berikut akan dikenakan kepada penggunaan anda bagi produk ini:

  • Perkhidmatan Beta. Penggunaan Mengikut Budi Bicara Pelanggan. Walau apa pun yang bertentangan dalam Perjanjian ini: (a) Pelanggan boleh memilih untuk menggunakan Perkhidmatan Beta mengikut budi bicara mereka; (b) Perkhidmatan Beta mungkin tidak disokong dan boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis; (c) Perkhidmatan Beta mungkin tidak begitu boleh diharapkan atau tersedia seperti Perkhidmatan; (d) Perkhidmatan Beta belum tertakluk kepada Langkah-langkah Keselamatan dan pengauditan yang sama seperti Perkhidmatan; dan (e) DROPBOX TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN BETA – GUNAKAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
  • Maklum balas. Dropbox menawarkan Perkhidmatan Beta untuk mendapatkan maklum balas pengguna. Sebagai pertukaran kerana menggunakan Perkhidmatan Beta, Pelanggan bersetuju bahawa Dropbox boleh menghubungi Pelanggan dan Pengguna Akhir mereka untuk mendapatkan maklum balas berkenaan Perkhidmatan Beta. Pelanggan bersetuju untuk: (i) dan dengan ini, memberi kepada Dropbox semua hak, hak milik dan kepentingan dalam sebarang maklum balas; dan (ii) memberikan bantuan yang diperlukan secara munasabah kepada Dropbox untuk merekod dan mengekalkan hak Dropbox dalam maklum balas. Maklum balas ini boleh termasuk komen lisan atau bertulis, cadangan, laporan ralat dan analisis. 
  • Kerahsiaan. Perkhidmatan Beta adalah sulit sehingga ia dilancarkan secara rasmi oleh Dropbox. Pelanggan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat berkenaan Perkhidmatan Beta, sekurang-kurangnya sama seperti langkah-langkah yang diambil oleh Pelanggan untuk melindungi maklumat sulit mereka sendiri bagi perkara yang sama. Pelanggan tidak akan mendedahkan maklumat berkenaan Perkhidmatan Beta kepada mana-mana pihak ketiga, dan akan mengekalkan kerahsiaan ciri-ciri dan kefungsian baru sehingga ia dilancarkan secara rasmi oleh Dropbox. Pelanggan boleh mendedahkan maklumat berkenaan Perkhidmatan Beta setakat yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan jika Pelanggan memberi notis bertulis lebih awal secara munasabah kepada Dropbox, setakat yang dibenarkan, supaya Dropbox boleh mencari jalan untuk menghalang atau membataskan pendedahan tersebut.

Jika anda menggunakan akaun Dropbox peribadi, terma tambahan berikut akan dikenakan untuk penggunaan anda bagi produk ini:

  • Perkhidmatan Beta. Kadangkala kami mengeluarkan produk dan ciri-ciri yang masih sedang diuji dan dinilai. (“Perkhidmatan Beta”). Perkhidmatan Beta dilabelkan sebagai “alpha,” “beta,” “prebiu,” “akses awal” atau “penilaian” (atau dengan perkataan atau frasa dengan maksud serupa) dan mungkin tidak begitu boleh diharapkan seperti perkhidmatan Dropbox yang lain. Perkhidmatan Beta disediakan supaya kami boleh mengumpul maklum balas pengguna, dan dengan menggunakan Perkhidmatan Beta kami, anda bersetuju bahawa kami boleh menghubungi anda untuk mengumpul maklum balas seperti itu.
  • Perkhidmatan Beta adalah sulit sehingga ia dilancarkan secara rasmi. Jika anda menggunakan mana-mana Perkhidmatan Beta, anda bersetuju untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai Perkhidmatan tersebut kepada sesiapa sahaja tanpa kebenaran kami.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan