​​Cara menambah folder kongsian ke akaun anda

Apabila anda dijemput ke fail atau folder Dropbox yang dikongsi, anda akan menerima pemberitahuan di dropbox.com, dalam aplikasi Dropbox, dan melalui e-mel.

Jika anda dijemput ke folder kongsian, anda boleh menambah folder ini ke akaun Dropbox anda. Apabila anda menambah folder kongsian ke akaun anda, anda mempunyai akses kepada folder itu dan kandungannya. Folder kongsian juga akan diselaraskan dengan akaun Dropbox ahli yang lain. Orang yang berkongsi folder ini dengan anda mungkin telah memberi anda sama ada keizinan editor atau pelihat.

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi folder dengan mudah.

Bahagian dalam artikel ini:

Cara menambah folder kongsian ke akaun anda

Jika anda dijemput ke folder kongsian, anda boleh mengaksesnya dengan menambah folder ke akaun anda.

Untuk menambah folder kongsian ke akaun Dropbox anda melalui tab Berkongsi:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Klik Berkongsi.
  4. Cari folder kongsian yang ingin diakses. Klik ikon (elipsis) di sebelah nama folder dan pilih Tambah.

Untuk menambah folder kongsian ke akaun Dropbox anda daripada pemberitahuan anda di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon pemberitahuan (loceng).
  3. Klik Tambah ke Dropbox di bawah folder kongsian yang ingin diakses.

Anda perlukan akaun Dropbox dan alamat e-mel yang sah untuk menerima jemputan folder kongsian. Folder kongsian akan ditambah terus ke akaun Dropbox anda dan menyelarasnya dengan semua ahli folder. Jika anda belum ada akaun Dropbox lagi, anda boleh mencipta akaun dan kemudian menerima jemputan itu.

Meminta akses ke folder kongsian

Jika anda mengklik jemputan folder kongsian dan anda digesa untuk memohon akses, pemilik folder mungkin belum memberi anda akses. Sebagai contoh, seseorang yang menerima jemputan folder kongsian mungkin telah memarakan jemputan itu kepada anda. Anda boleh memohon akses kepada folder:

  1. Klik pautan jemputan yang anda terima.
  2. Klik Mohon akses.
  3. Jika anda ada lebih daripada satu akaun Dropbox, pilih akaun mana yang anda ingin tambahkan folder kongsian itu.
  4. Permohonan anda akan dihantar kepada pemilik folder, dan anda akan dimaklumkan jika pemilik menerima permohonan anda.

Dropbox Business

Jika anda dalam pasukan Dropbox Business dan anda berkongsi folder dengan orang lain dalam pasukan anda, folder kongsian itu hanya akan menggunakan kuota storan agregat pasukan. Bagaimanapun, jika anda berkongsi folder dengan seseorang di luar pasukan anda, folder itu akan menggunakan ruang pasukan anda dan ruang akaun orang yang berkongsi dengan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang Dropbox Business.

Cara menambah fail kongsian ke akaun anda

Apabila anda menerima fail kongsian, anda boleh membukanya melalui jemputan e-mel atau pemberitahuan anda di dropbox.com, kemudian paparkan pratonton fail di dropbox.com. 

Seperti pratonton, fail kongsian tidak menggunakan ruang dalam akaun anda melainkan anda menyimpan satu salinan fail ke akaun Dropbox anda.

Jika anda ingin melihat semua jemputan fail yang anda terima, ikut langkah-langkah ini:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com
  2. Klik Fail.
  3. Klik Berkongsi.
  4. Pilih tab Fail. Dari sini, anda boleh melihat semua jemputan fail yang anda terima. Klik fail untuk melihat pratontonnya.

Jika fail telah dikongsi dengan anda melalui pautan, ia tidak akan muncul dalam tab Berkongsi

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan