Apa itu salinan konflik (bercanggah)?

Dikemas kini Jan 29, 2024

Salinan bercanggah ialah fail yang dicipta oleh Dropbox apabila ramai orang menyunting fail yang sama secara serentak. Nama pengguna editor, "salinan bercanggah" dan tarikh simpan akan ditambahkan pada nama fail.
 

Terdapat tiga cara salinan bercanggah boleh berlaku:

  • Dua pengguna mengubah fail yang sama secara serentak.
  • Seseorang menyunting fail di luar talian semasa orang lain menyunting fail yang sama.
  • Satu fail dibiarkan terbuka pada komputer pengguna lain, yang disimpan oleh Dropbox sebagai suntingan baru—ini selalu berlaku terutamanya semasa menggunakan aplikasi dengan ciri simpan secara automatik.
highlight icon

Perhatian: Versi terakhir yang disimpan akan sentiasa muncul sebagai salinan bercanggah.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.

Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?

Cara terbaik untuk menyelesaikan salinan bercanggah ialah dengan membandingkan kedua-dua versi dan menggabungkan salinan tersebut secara manual.
 

Salinan bercanggah boleh berlaku pada semua jenis fail. Jika anda menggunakan Microsoft Word, anda boleh membaca artikel bantuan mereka tentang cara membanding dan menggabungkan dua dokumen.

Bagaimana untuk mencegah salinan bercanggah daripada berlaku lagi?

Cara terbaik untuk mengelakkan salinan bercanggah ialah dengan bekerjasama pada fail dalam masa nyata menggunakan program seperti Dropbox Paper atau Microsoft Office Online. (Dropbox Paper disertakan percuma dengan langganan utama anda).
 

Jika anda tidak dapat bekerjasama dalam masa nyata, cara terbaik untuk mengelakkan salinan bercanggah yang seterusnya ialah dengan mengalih keluar fail daripada folder Dropbox semasa anda bekerja supaya tiada sesiapa yang boleh mengaksesnya. Setelah anda selesai menyunting, anda boleh mengalihkan fail itu kembali ke lokasi asal.
 

Selain itu, ini beberapa petua lain yang boleh dicuba:

  • Cipta satu folder baru yang bernama ”Sedang Digunakan” untuk semua fail yang sedang diusahakan supaya kolaborator anda tahu untuk tidak melakukan sebarang perubahan.
  • Untuk pasukan Dropbox: Apabila Lambang Dropbox memberitahu anda bahawa orang lain sedang menyunting fail, hubungi orang itu supaya anda boleh bergilir-gilir menyunting.
Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan