Tentukan pemilik folder kongsian

Pencipta folder kongsian akan menjadi pemilik secara automatik, melainkan folder itu dicipta dalam folder kongsian orang lain. Pemilik mempunyai beberapa fungsi pentadbiran, seperti keupayaan untuk memindahkan pemilikan, membuang ahli, dan menentukan jika ada sesiapa lagi yang boleh menjemput orang lain ke folder. Anda boleh mencari pemilik folder melalui pilihan folder.

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi fail dan folder dengan mudah.

Melihat pemilik folder

Untuk melihat pemilik folder:

Di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas folder yang ingin ditentukan pemiliknya dan klik “” (elipsis).
  3. Klik Kongsi.
  4. Klik Kongsi dengan Dropbox
  5. Klik [x] orang mempunyai akses

Pada aplikasi desktop Dropbox:

  1. Buka folder Dropbox dalam Fail Explorer (Windows) atau Finder (Mac).
  2. Klik kanan atau control-klik folder yang ingin ditentukan pemiliknya dan pilih Kongsi….

Pada aplikasi mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “⁝” (elipsis menegak pada Android) atau “…” (elipsis pada iPhone/iPad) di sebelah folder yang ingin ditentukan pemiliknya.
  3. Tekan Tetapan Folder.
  4. Tekan kawasan di bawah [x] ahli.

Ini akan menunjukkan semua ahli folder kongsian dan menyatakan pemilik folder.

Perhatian: Jika anda ahli pasukan perniagaan Dropbox dan tidak melihat pemilik dalam senarai, folder itu sama ada dimiliki oleh pentadbir dalam pasukan anda atau seseorang di luar pasukan anda. Hubungi pentadbir anda untuk mengetahui sama ada folder itu ialah folder yang dimiliki oleh pentadbir.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan