Mengapa saya nampak mesej ralat “Dropbox perlu menyelaraskan fail anda sekali lagi”?

Anda boleh menerima mesej ralat yang berikut semasa cuba untuk menyertai atau meninggalkan pasukan Dropbox Business:

Untuk mengemas kini pelan baru anda, Dropbox perlu menyelaraskan fail anda sekali lagi, yang boleh mengambil sedikit masa. Fail-fail semasa anda akan disimpan dalam Dropbox (Old).

Jika anda menerima mesej ralat ini, fail-fail anda masih selamat, tetapi Dropbox perlu menyelarasnya semula. 

Pertama sekali, Dropbox akan menamakan semula folder semasa anda kepada Dropbox (Old).

Kemudian, Dropbox akan mencipta satu folder baru di lokasi yang sama pada komputer anda dan menyelaraskan semula fail ke folder ini daripada akaun anda.

Ini akan menghasilkan dua folder. Proses ini cumalah langkah berjaga-jaga bagi memastikan bahawa satu salinan fail anda selamat pada komputer anda sementara fail anda diselaraskan semula. Kami syorkan anda tidak mengemas kini folder Dropbox (Old) semasa penyelarasan semula berjalan, jadi anda boleh menghapuskannya selepas penyelarasan semula ini dan tidak kehilangan sebarang perubahan.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan