Dropbox Replay ialah alat semakan dan kelulusan media yang kaya yang membolehkan kolaborator menanda, menulis komen dan memuktamadkan projek video, imej dan audio. Dengan integrasi Dropbox Replay, anda boleh menggunakan fungsi Replay dalam beberapa aplikasi penyuntingan.
Cuba Dropbox Replay dan uruskan projek video, imej dan audio anda dengan mudah. Semuanya boleh dilakukan dalam satu tempat.
Berikut ialah aplikasi semasa yang menawarkan integrasi dengan Dropbox Replay.
Adobe Premiere Pro
Dengan plugin Dropbox Replay untuk Adobe Premiere Pro, anda mendapat akses kepada pengalaman penuh Dropbox Replay dalam Premiere Pro. Ketahui lebih lanjut tentang integrasi Dropbox Replay dengan Adobe Premiere Pro.
DaVinci Resolve daripada Blackmagic Design
Dengan menggunakan integrasi Dropbox Replay untuk DaVinci Resolve, anda akan dapat melihat dan menambah komen yang akan diselaraskan ke bingkai dalam Replay. Ketahui lebih lanjut tentang integrasi Dropbox Replay dengan DaVinci Resolve.
LumaFusion
Dengan apl iOS LumaFusion, anda boleh mengimport video terus daripada Dropbox Replay. Dari situ, anda boleh melihat dan menambah komen. Ketahui lebih lanjut tentang integrasi Dropbox Replay dengan LumaFusion.
Perhatian: Anda tidak perlu memasang integrasi Replay dalam LumaFusion kerana integrasi itu akan tersedia secara lalai.
WeVideo
Dengan integrasi ini, anda akan dapat mengeksport kandungan daripada WeVideo terus ke Dropbox Replay. Anda boleh menyunting dan berkongsi video dan maklum balas dengan mudah, semuanya dalam satu tempat. Ketahui lebih lanjut tentang integrasi Dropbox Replay dengan WeVideo.