Cara memuat turun dan memasang sambungan Dropbox Replay ke Adobe After Effects:
- Buka Senarai Dropbox Replay dalam Adobe Exchange dalam pelayar web anda atau daripada apl Creative Cloud pada desktop anda.
- Klik Percuma di bahagian atas sebelah kanan untuk memuat turun sambungan.
- Apabila muat turun selesai, anda, anda akan digesa untuk memasangkan sambungan ini.
- Klik Pasang.
- Tutup dan mulakan semula Adobe After Effects untuk menggunakan sambungan.
Cara menyambungkan Dropbox Replay ke Adobe After Effects
Selepas memuat turun dan memasang sambungan Dropbox Replay, anda perlu log masuk ke Dropbox menerusi Adobe After Effects.
Untuk menyambungkan Dropbox Replay dalam Adobe After Effects:
- Buka Adobe After Effects.
- Klik Tetingkap dalam bar menu.
- Layangkan tetikus ke atas Sambungan.
- Klik Dropbox Replay.
- Tetingkap Replay akan muncul di bahagian atas sebelah kiri.
- Klik Daftar Masuk.
- Log masuk menggunakan kelayakan Dropbox anda.
Selepas sambungan dipasang dan disambungkan, klik Tetingkap dalam bar menu, layangkan tetikus di atas Ruang Kerja, kemudian klik Simpan Perubahan pada Ruang Kerja ini. Ini akan memastikan anda tidak perlu mengulangi proses ini apabila anda melancarkan After Effects pada kali yang berikutnya.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara melumpuhkan atau membuang sambungan dalam Adobe After Effects, rujuk Pusat Bantuan Adobe.
Cara memuat naik Komposisi Aktif ke Dropbox Replay daripada Adobe After Effects
Cara memuat naik Komposisi Aktif ke Dropbox Replay daripada Adobe After Effects
- Buka sambungan Dropbox Replay dalam Adobe After Effects.
- Klik Fail di sudut kanan sebelah atas tetingkap Dropbox Replay.
- Pilih Muat Naik Komposisi Aktif daripada senarai menu pilihan.
- Taipkan nama untuk komposisi anda.
- Klik menu pilihan di sebelah Pratetap untuk memilih daripada senarai pilihan output.
- Klik menu pilihan di sebelah Tetapan untuk memilih daripada senarai pilihan.
- Pilih Julat: Ruang Kerja atau Seluruh Komposisi yang ingin dimuat naik.
- Tandakan kotak rait bagi Penyelarasan automatik komen sebagai penanda, supaya komen yang dibuat dalam Replay akan diselaraskan dan muncul dalam garis masa Adobe After Effects.
- Tandakan kotak rait bagi Import penanda sebagai komen daripada Adobe After Effects ke dalam komen video Replay anda.
- Klik Muat Naik dan fail video akan dibuka sebagai V1 dalam tetingkap Replay.