Saya hampir kehabisan ruang cakera, apa yang harus dilakukan?

Jika anda mendapat mesej ralat ”Pemacu pemula anda hampir penuh” (Mac) atau “Anda hampir kehabisan ruang” (Windows), maka komputer anda kekurangan ruang pemacu keras.

Jika anda mendapat mesej ralat “Dropbox anda telah penuh“, maka akaun Dropbox anda telah kehabisan ruang storan.

Anda ada beberapa pilihan jika anda telah kehabisan ruang:

Guna penyelarasan terpilih 

Penyelarasan terpilih merupakan satu ciri yang membolehkan anda membuang fail daripada pemacu keras anda dan hanya menyimpannya dalam akaun Dropbox anda dalam talian. Ini boleh membantu anda mengosongkan sedikit ruang pada pemacu keras anda. 

Ketahui bagaimana untuk menggunakan penyelarasan terpilih.

Perhatian: Jika anda seorang pengguna Dropbox Pro atau Dropbox Business, kami syorkan supaya anda menggunakan Smart Sync, iaitu versi penyelarasan terpilih yang lebih canggih. 

Hapuskan fail daripada pemacu keras anda

Jika anda menggunakan Mac, ini adalah arahan Apple untuk menghapuskan fail dan folder. 

Jika anda menggunakan PC, ini adalah arahan Windows untuk menghapuskan fail dan folder. 

Ingin menghapuskan fail daripada Dropbox? Ketahui caranya.

Baru dengan Dropbox?

Tidak kira anda baru dengan Dropbox atau cuma mahu belajar balik, dapatkan yang terbaik daripada akaun Dropbox anda dengan memanfaatkan latihan panduan kendiri atau kelas latihan bimbingan pelatih

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan