Bahagian dalam artikel ini:
Peranti anda mungkin layak jika anda membeli Chromebook Lenovo baru pada atau selepas April 2022 dengan Dropbox sedia terpasang pada peranti tersebut.
Untuk menebus promosi ini pada Chromebook anda yang layak:
Selepas menebus, anda akan menerima pemberitahuan e-mel berserta butiran tentang storan anda yang telah ditambah.
100 GB ruang promosi pada Chromebook Lenovo sah selama 12 bulan dari tarikh promosi ditebus.
Promosi hendaklah ditebus dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembelian peranti anda.
Tidak. Setiap akaun Dropbox boleh menebus jenis promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi 100 GB selama 12 bulan untuk Chromebook Lenovo lebih daripada sekali.
Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindahkan sebaik sahaja ia ditebus.
Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pengguna asal peranti yang baru dan layak.
Terdapat pelbagai sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:
Anda akan menerima pemberitahuan e-mel apabila anda berjaya menebus ruang promosi anda. Ruang yang ditambah juga akan ditunjukkan di mana-mana anda dapat melihat jumlah ruang anda tersedia untuk akaun Dropbox anda.
Apabila ruang promosi anda luput, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal tanpa ruang promosi, secara automatik. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Basic, had anda akan kembali kepada 2 GB berserta sebarang ruang yang telah anda peroleh melalui rujukan atau bonus-bonus yang lain.
Jika anda melebihi had anda selepas tarikh luput, anda tidak lagi akan dapat menyimpan foto, video dan dokumen baru ke Dropbox. Untuk mendapatkan lebih banyak ruang, anda boleh menaik taraf kepada Dropbox Plus.
Untuk Chromebook Lenovo yang dibeli pada atau selepas April 2022, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang mendaftar atau mendaftar masuk ke Dropbox semasa pelancaran awal aplikasi pada peranti itu. Promosi perlu dituntut semasa pelancaran awal aplikasi dan boleh ditebus sekali sahaja bagi setiap peranti. Promosi ini tidak boleh dituntut menggunakan peranti yang dibaik pulih, terpakai ataupun yang dipadam lalu dipulihkan serta tidak boleh digabungkan dengan mana-mana tawaran lain.
Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox menerima, selama 12 bulan dari tarikh penebusan, 100 GB ruang storan tambahan sebagai tambahan kepada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna yang mempunyai akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Apabila tempoh promosi 12 bulan tamat, ruang promosi 100 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk pada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma lain Dropbox. Promosi ini tidak tersedia di Belarus, China, Cuba, Iran, Korea Utara, Rusia, Sudan, Syria, atau wilayah Crimea, atau mana-mana negara lain yang Perkhidmatan Dropbox tidak tersedia, disekat oleh undang-undang, atau tertakluk pada cukai.