Mesej ralat "Adakah anda pasti anda ingin menghapuskan fail ini"

Anda mungkin melihat mesej "Adakah anda pasti anda ingin menghapuskan fail ini" apabila anda:
  • Menghapuskan fail atau folder daripada folder kongsian
  • Menghapuskan fail atau folder daripada akaun Dropbox anda
  • Mengalihkan fail atau folder daripada folder kongsian ke lokasi yang tidak boleh diakses oleh ahli folder lain (seperti folder peribadi atau folder yang tiada dalam akaun Dropbox anda)
  • Mengalihkan fail atau folder keluar dari akaun Dropbox anda

Jika anda tidak berniat untuk menghapuskan atau mengalihkan fail-fail ini, klik Batal. Jika anda ingin mengesahkan penghapusan atau pengalihan, klik Hapus atau Alih

Jika anda menghapuskan fail untuk menjimatkan ruang pada pemacu keras anda, cuba gunakan penyelarasan terpilih ataupun Smart Sync

Cara membuat asal penghapusan tidak sengaja pada macOS 10.15 (Catalina)

Untuk membuat asal penghapusan tidak sengaja pada macOS 10.15 (Catalina), anda perlu menghidupkan Akses Cakera Penuh. Akses Cakera Penuh memberi Dropbox keizinan untuk membuat asal penghapusan tidak sengaja. 

Untuk menghidupkan Akses Cakera Penuh:

  1. Buka Keutamaan Sistem dan klik Keselamatan dan Privasi.
  2. Klik tab Privasi.
  3. Di sudut bawah kiri, klik ikon kunci untuk membuat perubahan.
  4. Masukkan kata laluan komputer anda dan klik Buka kunci.
  5. Tatal ke bawah ke Akses Cakera Penuh dan tandakan kotak di sebelah Dropbox.
  6. Klik Keluar Sekarang untuk keluar dan memulakan semula Dropbox.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan