Apa yang terjadi apabila saya menghapuskan fail atau folder secara kekal?
Apabila anda menghapuskan fail atau folder secara kekal, ia tidak lagi dapat dilihat dalam mana-mana folder anda dan anda tidak dapat memulihkannya.
Dalam sesetengah kes, Dropbox mungkin menangguhkan proses penghapusan kekal buat sementara waktu untuk keselamatan anda. Ketahui lebih lanjut tentang menghapuskan fail secara kekal.
Apa akan berlaku apabila saya menghapuskan folder kongsian?
Jika anda menghapuskan fail daripada folder kongsian, mana-mana ahli folder boleh memulihkan fail.
Jika anda pemilik folder kongsian
- Selepas anda menghapuskannya secara kekal, folder akan dihapuskan daripada akaun Dropbox semua ahli dan akses mereka dibuang secara kekal.
- Jika anda ingin meninggalkan ahli dengan salinan folder, anda boleh menyahkongsinya sahaja .
Jika anda bukan pemilik folder kongsian
- Menghapuskannya secara kekal akan membuang folder daripada akaun Dropbox anda.
- Semua ahli folder lain masih mempunyai akses.
Apa yang Dropbox lakukan dengan fail yang dihapuskan?
Dropbox menggunakan proses penghapusan yang selamat untuk menghapuskan data daripada pelayan kami. Selain itu, apabila cakera simpanan Dropbox mencapai penghujung hayat kegunaannya atau rosak, kami mengikuti proses penyahtauliahan yang direka untuk memusnahkan cakera secara fizikal atau logik sehingga ke tahap data tidak boleh dipulihkan. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami juga mengikuti proses perlindungan yang selamat untuk media yang mereka kawal.
Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan pemulihan dan sejarah fail.