Cara melihat sejarah folder

Sejarah folder ialah ciri Dropbox yang memaparkan semua tindakan yang diambil di dalam folder tertentu atau subfoldernya. Dalam panel sejarah folder, anda boleh melihat setiap kali seseorang:

  • Mengalihkan fail di dalam folder
  • Menyunting fail di dalam folder
  • Menamakan semula fail di dalam folder
  • Menambah fail ke folder
  • Menghapuskan sesuatu daripada folder

Anda boleh melihat sejarah folder sejak 180 hari yang lalu, melainkan anda mempunyai penambahan sejarah versi lanjutan (EVH) atau sejarah versi tanpa had (UVH). Jika anda ada EVH atau UVH, tempoh sejarah folder anda akan sama seperti sejarah versi anda.

Perhatian: Anda hanya boleh memulihkan fail dan folder dalam sejarah versi anda. 

Untuk melihat sejarah bagi folder tertentu dan subfoldernya:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Klik nama folder yang ingin dilihat sejarahnya.
  4. Klik Sejarah folder.

Untuk melihat sejarah bagi semua folder dalam akaun anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Klik Sejarah folder.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan