Anda boleh berkongsi fail dan folder dengan seseorang yang tidak mempunyai akaun Dropbox dengan menghantar pautan kongsi lihat sahaja kepada mereka. Mereka tidak perlu mencipta akaun atau log masuk untuk membuka pautan dan melihat pratonton fail.
Orang yang tidak log masuk ke akaun Dropbox boleh melihat fail dan folder kongsian, tetapi mereka tidak boleh menyunting fail atau memuat naik fail ke folder kongsian.
Untuk menyunting atau memuat naik fail ke folder kongsian, penerima mesti log masuk ke akaun Dropbox dan mempunyai akses edit. Memilih Pautan untuk menyunting tidak membuang syarat ini.
Jika anda mahu seseorang memuat naik fail tanpa akaun Dropbox, anda boleh mencipta permintaan fail.