Hapuskan fail daripada peranti mudah alih

Tunjukkan arahan untuk:

Terdapat dua cara untuk membuang fail daripada telefon atau tablet anda. Anda boleh membuangnya daripada memori setempat anda ataupun anda boleh menghapuskan fail tersebut dari Dropbox anda.

Membuang fail daripada memori telefon anda

Salinan tempatan fail anda dimuat turun ke telefon atau tablet anda bila-bila masa ianya dibuka melalui apl Dropbox. Sebaik sahaja ianya dibuka, anda boleh membukanya terus daripada telefon atau tablet anda, walaupun anda berada di luar talian. Fail-fail disimpan terus ke memori telefon anda ke dalam ruang yang dipanggil cache. Untuk membuang fail daripada telefon atau tablet anda, anda hanya perlu mengosongkan cache anda daripada Tetapan.

Mengosongkan cache anda pada telefon dengan Android 3.0 (Gingerbread) ke bawah

Untuk mengakses tetapan cache anda pada telefon dan tablet dengan butang menu di bahagian bawah skrin:

  1. Lancarkan apl Dropbox dan tekan butang Menu pada telefon atau tablet anda untuk membuka menu Dropbox.
  2. Tekan ikon gear untuk membuka menu Tetapan.
  3. Tatal ke bawah menu yang terhasil dan tekan Kosongkan Cache.

Mengosongkan cache anda pada telefon dengan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) ke atas

  1. Lancarkan apl Dropbox dan tekan butang Menu di bahagian atas kiri skrin anda (ditandai tiga titik mendatar).
  2. Tekan ikon gear untuk membuka menu Tetapan.
  3. Tatal ke bawah menu yang terhasil dan tekan Kosongkan Cache.

Menghapuskan fail dari Dropbox anda

  1. Lancarkan apl Dropbox dan kemudi ke fail yang anda ingin hapus daripada Dropbox anda.
  2. Tekan anak panah bawah di sebelah kanan fail.
  3. Tekan Hapus untuk menghapuskan fail tersebut daripada Dropbox, telefon anda, dan semua komputer yang bersambung ke akaun anda.

Buang fail dari iPad anda

Apl Dropbox iPad hanya menyimpan salinan fail tempatan jika ia disediakan di luar talian. Ikon Luar Talian akan diserlahkan dalam paparan senarai fail untuk fail yang disediakan di luar talian buat masa ini:

Untuk membuang fail daripada senarai Luar Talian anda dan iPad anda:

  1. Tekan ikon  (elipsis) di sebelah nama fail.
  2. Pilih Buang daripada Peranti.

Menekan ikon Luar Talian yang diserlahkan sambil melihat pratonton fail juga akan membuangnya dari akses luar talian.

Menghapuskan fail daripada Dropbox anda

Untuk menghapuskan fail daripada iPad anda, semua komputer, dan peranti anda pada masa yang sama:

  1. Dari skrin yang menyenaraikan semua fail anda, tekan ikon  (elipsis) di sebelah nama fail.
  2. Pilih Hapus. Anda akan digesa untuk mengesahkan pilihan anda untuk menghapuskan fail ini.

Anda juga boleh menghapuskan satu fail sambil melihat pratonton dengan menekan ikon elipsis () di bahagian atas kanan dan memilih Hapus.

Untuk menghapuskan beberapa fail daripada iPad anda, laman web Dropbox, dan semua komputer yang dipautkan ke akaun Dropbox anda:

  1. Tekan ikon elipsis (...) di bahagian atas kanan skrin.
  2. Tekan opsyen Pilih.
  3. Semak fail yang anda ingin hapuskan dan tekan butang Hapus di bahagian bawah skrin.

Untuk menghapuskan folder daripada iPad anda, laman web Dropbox, dan semua komputer yang dipautkan ke akaun Dropbox anda:

  1. Dari skrin yang menyenaraikan semua fail dan folder anda, tekan ikon  (elipsis) di sebelah nama fail.
  2. Pilih Tetapan Folder.
  3. Pilih Hapus Folder.

Buang fail daripada telefon anda

Apl Dropbox iPhone hanya menyimpan salinan fail tempatan jika ia disediakan di luar talian. Ikon Luar Talian akan diserlahkan dalam paparan senarai fail untuk fail yang disediakan di luar talian buat masa ini:

Untuk membuang fail dari tersedia di luar talian:

  1. Tekan ikon  (elipsis) di sebelah nama fail.
  2. Pilih Buang daripada Peranti.

Menekan ikon Luar Talian yang diserlahkan sambil melihat pratonton fail juga akan membuangnya dari akses luar talian.

Menghapuskan fail daripada Dropbox anda

Untuk menghapuskan fail daripada iPhone anda, semua komputer, dan peranti anda pada masa yang sama:

  1. Dari skrin yang menyenaraikan semua fail anda, tekan ikon  (elipsis) di sebelah nama fail.
  2. Pilih Hapus. Anda akan digesa untuk mengesahkan pilihan anda untuk menghapuskan fail ini.

Anda juga boleh menghapuskan satu fail sambil melihat pratonton dengan menekan ikon elipsis () di bahagian atas kanan dan memilih Hapus.

Untuk menghapuskan banyak fail dari iPhone anda, dropbox.com, dan semua komputer yang bersambung ke akaun Dropbox anda:

  1. Tekan ikon elipsis (...) di bahagian atas kanan skrin.
  2. Tekan opsyen Pilih.
  3. Semak fail yang anda ingin hapuskan dan tekan butang Hapus di bahagian bawah skrin.

Untuk menghapuskan folder daripada iPhone anda, laman web Dropbox, dan semua komputer yang dipautkan ke akaun Dropbox anda:

  1. Dari skrin yang menyenaraikan semua fail dan folder anda, tekan ikon  (elipsis) di sebelah nama fail.
  2. Pilih Tetapan Folder.
  3. Pilih Hapus Folder.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan