Cara menggunakan Dropbox Replay dengan WeVideo

Anda boleh menggunakan integrasi Dropbox Replay dan WeVideo untuk berkongsi, mengurus dan memberikan maklum balas tentang projek video.

Cara mengeksport projek WeVideo ke Dropbox Replay

Untuk mengeksport fail atau projek anda ke Dropbox Replay:

  1. Buka projek anda dalam WeVideo.
  2. Klik Selesai di bahagian atas sebelah kanan editor.  
  3. Klik pratonton mini fail atau projek yang anda ingin eksport.
    • Perhatian: Anda boleh menukar pratonton mini eksport anda pada bila-bila masa walaupun selepas ia telah dieksport. Pilih Tukar pratonton mini pada halaman kongsian dan seret peluncur untuk memilih pratonton mini baharu.
  4. Klik kotak di bahagian atas untuk memasukkan tajuk.
  5. Di bawah Eksport, pilih Video, Audio sahaja atau GIF.
    • Perhatian: Fail .gif dimuat naik ke Dropbox Replay sebagai imej statik.
  6. Di bawah Resolusi, pilih resolusi untuk eksport anda.
  7. Di bawah Destinasi, klik ikon Dropbox Replay (satu anak panah hitam dan biru menghala ke kiri) dan daftar masuk. 
    • Perhatian: Anda juga boleh mendaftar masuk ke Replay terlebih dahulu dengan menavigasi ke bahagian Apl bersambung pada halaman tetapan Akaun dalam WeVideo. 
  8. Togol pada Tandakan eksport untuk orang ramai untuk berkongsi fail atau projek anda. Membiarkannya dimatikan memastikan eksport anda peribadi. 
  9. Klik Eksport

Perhatian:

  • Video tidak boleh melebihi 2 jam.
  • Fail akan dieksport ke format .mp4, .mp3, atau .gif, bergantung pada pilihan eksport anda.

Cara mendapatkan maklum balas dengan Dropbox Replay

Anda boleh mendapatkan maklum balas tentang projek WeVideo dengan memberi komen pada fail projek dalam Dropbox Replay. Komen yang ditambahkan dalam Replay ditunjukkan pada garis masa WeVideo. Ketahui cara menambah komen dalam Dropbox Replay.

Untuk soalan tentang menggunakan WeVideo, terokai pusat sokongan WeVideo.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan