Adakah saya perlukan lesen khas untuk menyunting fail Dropbox saya dalam aplikasi Office Online?
Jika anda mempunyai akaun Dropbox Basic, Plus atau Family, anda tidak memerlukan akaun Microsoft atau lesen Office untuk menyunting fail anda.
Jika anda mempunyai akaun pasukan Dropbox, anda memerlukan akaun Microsoft Enterprise berserta lesen yang membenarkan penyuntingan dalam Office Online (Business, Business Premium, ProPlus, E3, E4, atau E5).
Selain itu, jika anda menggunakan tablet yang bersaiz lebih besar daripada 10", Microsoft mewajibkan anda mempunyai lesen O365 untuk menggunakan aplikasi Office.
Bagaimanakah jika saya mempunyai akaun peribadi dan akaun pasukan? Apakah lesen yang saya perlukan?
Jika fail yang sedang anda sunting disimpan dalam akaun peribadi anda, anda tidak memerlukan akaun Microsoft atau lesen Office untuk menyunting fail anda. Jika fail disimpan dalam akaun pasukan anda, anda memerlukan akaun Microsoft perusahaan dengan lesen yang membenarkan penyuntingan dalam Office Online.
Bila dokumen saya disimpan?
Office Online menyimpan kandungan anda kembali ke Dropbox secara automatik pada waktu berkala. Menekan Simpan dan kembali ke Dropbox juga akan memastikan fail anda disimpan setelah anda kembali ke dropbox.com.
Adakah integrasi Dropbox Office Online menyokong kerjasama masa nyata?
Ya. Integrasi ini membolehkan anda untuk menyunting fail yang disimpan di dalam folder kongsian secara serentak.
Ketahui lebih lanjut mengenai pengarangan bersama dokumen Dropbox Office Online.
Bagaimanakah cara saya boleh berkongsi fail Microsoft Office dengan Dropbox?
Anda boleh berkongsi fail Microsoft Office dalam cara yang sama seperti anda berkongsi mana-mana fail yang disimpan dalam Dropbox.
Anda boleh memilih untuk memberikan akses Boleh sunting ataupun Boleh lihat kepada fail Microsoft Office anda, walaupun semasa berkongsi menggunakan pautan. Selanjutnya, anda boleh membataskan akses kepada pautan kongsian anda dalam Tetapan pautan fail anda atau menyahaktifkan pautan selepas dicipta.
Bolehkah saya menambah Dropbox sebagai Tempat di dalam Office 365 Online?
Microsoft tidak lagi menyokong Dropbox sebagai Tempat dalam Office 365 Online.
Bolehkah saya menyunting fail Microsoft Office yang dilindungi kata laluan di dalam Office Online?
Tidak, anda tidak boleh membuka atau menyunting fail Microsoft Office yang dilindungi kata laluan menggunakan Office Online.
Bolehkah saya menukar tempat lalai untuk fail Microsoft saya dibuka?
Anda boleh menukar tempat lalai untuk fail Microsoft anda dibuka dalam bahagian Apl lalai dalam tetapan akaun anda.