Dropbox Binder membolehkan anda mengumpul, memapar pratonton, dan berkongsi sebarang kelompok fail, tidak kira di mana ia disimpan dalam Dropbox. Anda boleh mengumpul dan menamakan semula fail dalam binder tanpa menukar nama atau lokasi asalnya.
Selepas anda mencipta binder, semua fail yang anda kumpulkan di dalamnya akan disenaraikan di bar sisi kiri binder tersebut. Klik sekali pada fail untuk melihat pratonton bagi setiap fail dan melompat antara fail dengan cepat.
Cipta binder
Untuk mencipta binder baru:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Klik Cipta fail baru.
- Klik Dropbox Binder (beta).
- Klik folder tempat anda mahu binder itu disimpan dan klik Cipta
- Di bawah Pilih tajuk, pilih tajuk untuk binder anda.
- Di bawah Tambah kandungan, pilih Fail dari Dropbox untuk menambah fail dan dokumen Paper dari Dropbox. Atau pilih Halaman baru untuk mencipta dokumen Paper baru bagi ditambahkan ke binder anda.
- Klik Tambah.
- Ikut prom untuk menambah fail ke binder anda atau cipta dokumen baru untuk binder anda.
Buka, sunting dan kongsi binder
Binder mempunyai nama fail .binder dan akan disimpan dalam akaun Dropbox anda sama seperti fail-fail biasa. Anda juga boleh membuka, menyunting, berkongsi dan mengubah keizinan perkongsian padanya sama seperti fail biasa. Jika anda berkongsi binder, penerima mesti mempunyai keizinan untuk melihat fail dalam binder untuk melihat binder tersebut.
Untuk berkongsi binder dengan pantas menggunakan pautan:
- Buka binder.
- Klik simbol pautan di sudut atas kanan mana-mana halaman.
- Pautan ke halaman itu di dalam binder anda akan disalin ke papan klip komputer anda supaya boleh dikongsi dengan mudah.