Perjanjian Persetujuan & Kerahsiaan Pemerhatian Penyelidikan Pengguna Dropbox

Dikemas kini Jan 09, 2024

Sebagai balasan atas persetujuan anda terhadap terma ini, Dropbox dan sekutunya ("Dropbox" atau "kami") berhasrat untuk memberi anda akses kepada sesetengah reka bentuk dan ciri-ciri kami supaya kami boleh mendapatkan maklum balas anda. Matlamat kami adalah untuk menguji, menganalisis, membangun dan menambah baik reka bentuk produk Dropbox dengan input anda.

Pemprosesan Data Peribadi

  1. Perkara yang Kami Rakam dan Sebabnya.

    Jika anda tinggal di Amerika Utara (Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico), Dropbox, Inc. akan bertindak sebagai penyedia perkhidmatan anda. Untuk semua pengguna lain, Dropbox International Unlimited Company bertindak sebagai Pengawal Data untuk data peribadi yang akan kami proses sebagai sebahagian daripada penyelidikan kami. Kami akan membuat beberapa gabungan rakaman video atau audio (termasuk transkrip) sesi kami dengan anda, mengambil foto sesi kami, mengambil capture skrin peranti yang digunakan semasa sesi kami, dan merekod respons bertulis dan input lain daripada anda (“Rakaman”). Rakaman membantu kami menumpukan pada masa kita bersama-sama, bukannya mencatat nota. Kami menggunakan Rakaman untuk memenuhi kepentingan pernaigaan kami yang sah dalam menguji, menganalisis, membangun, dan menambah baik reka bentuk produk Dropbox dengan input anda. Rakaman ini juga boleh dikongsi dalam Dropbox untuk membantu kami membuat penambahbaikan produk berkongsi maklum balas anda dengan pasukan lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami memproses dan melindungi data peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di privacy@dropbox.com.

  2. Pemindahan ke Luar Negara. 

    Untuk pengguna yang tidak menetap di Amerika Utara:

    Dropbox beroperasi di peringkat antarabangsa, dan beberapa proses yang terlibat dalam penggunaan data peribadi anda oleh kami akan menghendaki kami menyimpan atau memproses data tersebut di luar negara anda berada, termasuk negara yang tahap perlindungan undang-undang untuk data anda mungkin berbeza dan yang anda mempunyai kurang hak undang-undang berhubung dengan data tersebut. Secara khususnya, data peribadi anda boleh dihantar ke, dan diproses di Amerika Syarikat, yang menempatkan sesetengah sistem kami.

    Setiap kali kami menghantar data peribadi anda ke luar sesebuah negara atau wilayah, seperti Kawasan Ekonomi Eropah, kami akan memastikan bahawa kami mengambil langkah yang perlu untuk mematuhi syarat undang-undang yang terpakai. Oleh itu, jika dikehendaki, kami akan memastikan bahawa perlindungan yang sesuai tersedia dengan menggunakan mekanisme kontrak yang sesuai, seperti Fasal Kontrak Standard EU, atau dengan bergantung pada penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian dalam mekanisme pemindahan data antarabangsa yang diluluskan, termasuk EU-U.S. Privacy Shield atau penerimagunaan Peraturan Korporat yang Mengikat.

  3. Pemegangan.

    Kami akan menyimpan data peribadi anda dengan selamat dan terjamin dan akan menyimpan data peribadi anda hanya selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan penyelidikan kami. Kami boleh mengumpulkan beberapa maklumat yang kami kutip daripada anda menjadi set data tanpa nama, yang disimpan untuk tempoh yang lebih lama, tetapi anda tidak lagi dapat dikenal pasti.

  4. Hak Anda.

    Tertakluk pada undang-undang perlindungan data yang terpakai (seperti yang terdapat di EU), anda berhak untuk mengakses data peribadi yang kami simpan mengenai anda, untuk meminta data tersebut dikemas kini, disekat dan/atau dipadam, untuk meminta kami menyalin data peribadi anda, untuk meminta kami menghantar data anda kepada pengawal lain dalam format yang boleh dibaca oleh mesin, dan hak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda. Hak ini tidak mutlak dan tertakluk pada pelbagai syarat di bawah undang-undang perlindungan data dan privasi yang terpakai serta undang-undang dan peraturan lain yang terpakai ke atas kami.

    Jika anda ingin menggunakan hak anda atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai cara kami menggunakan maklumat anda (atau sebarang soalan tentang Dasar Privasi ini), sila hubungi kami atau Pegawai Perlindungan Data kami di privacy@ dropbox.com. Jika mereka tidak dapat menjawab pertanyaan anda, anda berhak untuk menghubungi pihak berkuasa perlindungan data di kawasan anda. 

  5. Penggunaan Lanjut.

    Dropbox Tidak Boleh Menggunakan Rakaman dalam Bahan dan Pembentangan Pemasaran. Dropbox tidak mendapat keizinan untuk menggunakan Rakaman dan foto anda dalam bahan iklan atau pemasaran tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan berasingan secara bertulis daripada anda.

  6. Alat Pihak Ketiga.

    Kami boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga, pelantar, atau perkhidmatan (“Alat Pihak Ketiga”) untuk mengumpul maklumat tentang pengalaman anda semasa Sesi tersebut untuk tujuan penyelidikan Dropbox. Alat Pihak Ketiga boleh mempunyai istilah perkhidmatan dan Dasar Privasinya sendiri (secara kolektif, “Dasar”), dan anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan mana-mana Alat Pihak Ketiga oleh anda akan tertakluk pada Dasar yang terpakai bagi pihak ketiga.

    Hak Harta Intelektual.


  7. Hak yang Anda Berikan kepada Kami.

    Anda bersetuju bahawa Dropbox memiliki: (a) semua hak, hak milik, dan kepentingan terhadap Rakaman dan maklum balas, komen, cadangan, tinjauan, respons lain, atau bahan dan maklumat lain (“Maklum Balas”) yang anda berikan kepada kami berkenaan dengan kajian, dan (b) semua hak harta intelek yang anda cipta yang berkaitan dengan kajian dan/atau produk Dropbox termasuk semua penambahbaikan atau pengubahsuaian lain terhadap produk Dropbox (“Dropbox IP”).

    Anda dengan ini menyerahkan kepada Dropbox secara mutlak dan tidak boleh ditarik balik, bebas daripada semua hak milik pihak ketiga, semua hak, hak milik, dan kepentingan yang anda miliki dalam Maklum Balas dan Dropbox IP dan anda bersetuju untuk memberi kami sebarang bantuan yang kami perlukan untuk mendokumenkan dan mengekalkan hak kami dalam Maklum Balas dan Dropbox IP. Anda memberi kami keizinan untuk menggunakan Rakaman, termasuk nama dan keserupaan anda, untuk tujuan penyelidikan dalaman kami (termasuk berkongsi semua atau sebahagian daripada Rakaman secara sulit dengan pihak ketiga yang dipercayai yang dilantik oleh Dropbox bagi mendapatkan bantuan dengan tujuan ini). Semua Rakaman dan Maklum Balas yang dikumpul melalui sesi kami tidak akan digunakan untuk tujuan Jualan dan Pemasaran tanpa mendapat keizinan anda terlebih dahulu.

    Anda juga bersetuju bahawa kami boleh menghubungi anda melalui e-mel atau telefon pada masa akan datang untuk membincangkan Maklum Balas anda. Anda dengan ini mengetepikan semua hak moral yang timbul di bawah Akta Hak Cipta, Reka Bentuk dan Paten 1988 yang berkenaan dengan Maklum Balas dan Dropbox IP dan, setakat yang dibenarkan di sisi undang-undang, mana-mana hak yang serupa atau setara yang timbul di mana-mana bahagian dunia.

  8. Kerahsiaan.

    “Maklumat Sulit” bermaksud mana-mana dan semua maklumat teknikal, perniagaan, atau produk dan perisian, algoritma, reka bentuk, atau ciri-ciri yang dikongsi oleh kami semasa kajian yang dikenal pasti sebagai sulit, beta, atau tidak dikeluarkan, atau yang sepatutnya difahami sewajarnya sebagai sulit. Anda bersetuju untuk tidak mendedahkan, berkongsi, atau menggunakan sebarang Maklumat Sulit untuk sebarang tujuan selain daripada menyertai kajian (iaitu anda tidak akan bercakap tentang atau berkongsi apa-apa Maklumat Sulit, termasuk sebarang perisian, reka bentuk, atau ciri baru yang kami sediakan kepada anda dengan sesiapa sahaja kecuali kami). Anda tidak akan menyalin sebarang Maklumat Sulit dan, jika ditanya, anda akan mengembalikan sebarang Maklumat Sulit yang masih anda miliki. Penggunaan atau pendedahan Maklumat Sulit yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan kami mengalami kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki, dan kami boleh mendapatkan relief saksama dengan segera sekiranya terdapat sebarang penggunaan atau pendedahan Maklumat Sulit yang tidak dibenarkan, sebagai tambahan kepada hak dan remedi lain yang kami miliki.

    Liabiliti


  9. Penggunaan Perkhidmatan Belum Dikeluarkan.

    Sebarang ciri atau produk yang masih kami uji dan nilaikan sebelum dikeluarkan mungkin belum memenuhi standard kami yang tinggi. Atas sebab ini, penggunaan mana-mana beta atau produk lain yang belum dikeluarkan adalah atas risiko anda sendiri. Dropbox secara khususnya menafikan semua liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan mana-mana produk yang belum dikeluarkan yang diberikan kepada anda sebagai sebahagian daripada kajian ini atau di bawah terma ini setakat yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan.

    Pelbagai


  10. Terima kasih!

    Sebagai tanda terima kasih kerana mengambil bahagian dalam kajian ini, kami mungkin memberi anda hadiah. Jika kami berbuat demikian, kami akan menyatakan tentang hadiah tersebut dalam e-mel yang telah dihantar kepada anda bagi menyertai kajian kami.

  11. Undang-undang yang Mentadbir.

    Jika anda tinggal di Amerika Utara (Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico), perjanjian ini adalah dengan Dropbox, Inc., dan ditadbir oleh undang-undang di Negeri California (tidak termasuk percanggahan undang-undang). Sebarang tuntutan yang berkaitan dengan perjanjian ini akan diselesaikan di San Francisco, California walaupun kami ingin menyelesaikan percanggahan secara tidak rasmi terlebih dahulu.

    Untuk semua pengguna lain, perjanjian ini adalah dengan Dropbox International Unlimited Company, dan ditadbir oleh undang-undang England dan Wales. Sebarang tuntutan yang berkaitan dengan perjanjian ini akan diselesaikan di mahkamah England di London, walaupun kami ingin menyelesaikan percanggahan secara tidak rasmi terlebih dahulu. Sila ambil perhatian bahawa perjanjian ini juga menggantikan mana-mana perjanjian terdahulu atau semasa bagi topik ini antara anda dan kami, dan kami boleh menyerahkan hak dan kewajipan kami di bawah perjanjian ini kepada pihak lain.
Adakah artikel ini berguna?

Let us know how why it didn't help:

Thanks for letting us know!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan