Apabila anda pergi ke
kongsi fail atau folder dalam Dropbox, anda akan melihat satu senarai cadangan kenalan yang boleh dicari melalui e-mel, nama atau kumpulan. Artikel ini menjelaskan bagaimana untuk menambah, mengimport dan menghapuskan cadangan kenalan anda.
Cara menambah kenalan kepada senarai cadangan kenalan anda
Terdapat beberapa cara nama dan e-mel boleh ditambah kepada senarai cadangan kenalan anda.
Kenalan yang ditambah secara manual
- Anda berkongsi fail atau folder dengan kenalan tersebut, atau mereka yang berkongsi dengan anda
- Anda tag seorang kenalan dalam dokumen Paper, atau mereka tag anda
- Anda menjemput seseorang ke Dropbox, atau mereka menjemput anda
Kenalan yang ditambah secara automatik
- Seseorang ditambah ke dalam kumpulan anda, atau anda telah ditambah ke dalam kumpulan
- Anda menyertai pasukan Dropbox Business, atau pentadbir pasukan perniagaan anda menambah ahli pasukan baru ke dalam pasukan anda
Cara menghapuskan kenalan yang ditambah secara manual
Untuk menghapuskan semua kenalan anda daripada Dropbox sekaligus:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik avatar (gambar profil atau huruf nama) anda.
- Klik Tetapan.
- Klik tab Umum .
- Tatal ke Keutamaan.
- Klik Kosongkan.
Jika anda telah menyambungkan akaun perniagaan dan peribadi anda, kenalan anda akan dihapuskan daripada kedua-dua senarai.
Perhatian: Terdapat beberapa jenis kenalan yang tidak akan dihapuskan melalui tindakan ini:
- Jika anda menyertai kumpulan, kenalan kumpulan anda tidak akan dihapuskan
- Jika anda seorang ahli pasukan Dropbox Business, ahli pasukan anda tidak akan dihapuskan
- Jika anda telah mengimport kenalan dari Gmail atau Outlook, kenalan itu tidak akan dihapuskan
Jika anda seorang pentadbir pasukan Dropbox Business, tindakan ini akan muncul dalam log audit anda sebagai Mengosongkan kenalan yang ditambah secara manual.
Bagaimana untuk mengimport kenalan secara pukal dari Gmail dan Outlook
Anda boleh mengimport kenalan anda dari Gmail atau Outlook. Untuk mengimport semua kenalan anda dari salah satu aplikasi pihak ketiga ini:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik avatar (gambar profil atau huruf nama) anda.
- Klik Tetapan.
- Klik Apl bersambung.
- Klik Sambung di sebelah perkhidmatan yang anda ingin mengimport kenalan.
Perhatian: Dropbox tidak boleh berkongsi atau menyunting kenalan anda dalam apa jua cara.
Sesetengah pengguna mempunyai akses kepada App Center baharu. Jika anda nampak App Center apabila anda klik ikon grid di sudut atas kanan halaman utama anda, ikut arahan di bawah untuk mengimport kenalan anda.
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik ikon grid di sudut atas kanan.
- Klik App Center daripada menu yang muncul.
- Klik Google Calendar atau Outlook Calendar and Contacts.
- Jika anda tidak nampak aplikasi yang sedang dicari, gunakan bar carian App Center.
- Klik Sambung, dan ikut prom.
Ketahui lebih lanjut mengenai App Center.
Bagaimana untuk menghapuskan kenalan yang telah diimport dari Gmail atau Outlook
Untuk memutuskan sambungan aplikasi pihak ketiga, dengan itu membuang kenalan tersebut daripada senarai cadangan kenalan anda:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik avatar (gambar profil atau huruf nama) anda.
- Klik Tetapan.
- Klik Apl bersambung.
- Klik aplikasi yang ingin diputuskan sambungan.
- Klik Putuskan sambungan.
Perhatian: Apabila anda membuang akaun Outlook anda daripada Dropbox, Dropbox tidak lagi boleh mengakses sebarang data Microsoft anda. Bagaimanapun, jika anda menyemak dalam akaun Microsoft anda, ia masih boleh menunjukkan bahawa Dropbox sedang bersambung ke akaun anda. Ini adalah batasan Microsoft API, dan Dropbox tidak lagi mempunyai akses apabila anda membuang Outlook daripada akaun anda.
Bolehkah saya menghapuskan kenalan satu persatu daripada senarai cadangan kenalan saya?
Tidak. Anda tidak boleh menghapuskan kenalan satu persatu daripada senarai cadangan kenalan anda, dengan tiga pengecualian yang berikut:
- Jika kenalan yang ingin dihapuskan telah diimport daripada aplikasi pihak ketiga, anda boleh memutuskan sambungan aplikasi pihak ketiga, menghapuskan kenalan daripada aplikasi pihak ketiga, dan kemudian mengimport semula kenalan anda ke Dropbox
- Jika anda seorang ahli pasukan Dropbox Business, anda boleh hubungi pentadbir pasukan anda untuk membuang ahli daripada pasukan anda, dan maklumat kenalan mereka akan dihapuskan
- Jika anda menggunakan Dropbox API (tersedia kepada pengguna Dropbox Business)