Cara membuang pautan fail atau folder

Membuang pautan akan melumpuhkan pautan ke fail atau folder anda serta-merta. Sesiapa yang cuba untuk mengklik pautan yang dilumpuhkan akan menerima mesej ralat. Jika anda ingin berkongsi pautan ke fail atau folder anda sekali lagi, anda boleh membuat pautan baru pada bila-bila masa.

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi fail dan folder dengan mudah.

Di dropbox.com

Terdapat dua cara untuk membuang pautan ke fail atau folder di dropbox.com.

Dari halaman Fail:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Layangkan tetikus ke atas nama fail atau folder dan klik ikon kongsi (orang).
  4. Klik Tetapan.
  5. Klik sama ada Pautan untuk menyunting atau Pautan untuk melihat bergantung pada pautan yang anda ingin buang.
  6. Klik Hapus pautan.

Dari halaman Perkongsian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik tab Pautan.
  4. Klik "" (elipsis) di sebelah fail atau folder yang anda ingin buang pautan, dan pilih Hapuskan pautan.

Pada komputer anda

Untuk membuang pautan ke fail atau folder pada komputer anda:

  1. Buka folder Dropbox pada komputer anda
  2. Klik kanan fail atau folder yang anda ingin buangkan pautan.
  3. Klik Kongsi.
  4. Klik Tetapan pautan.
  5. Klik Hapuskan pautan.

Pada telefon atau tablet anda

Untuk membuang pautan ke fail atau folder pada apl mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “⁝” (elipsis menegak pada Android) atau “” (elipsis pada iPhone/iPad) di sebelah fail atau folder yang anda ingin buang pautan.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Tekan Tetapan fail atau Tetapan folder.
  5. Tekan Akses kawalan di bawah tetapan Pautan.
  6. Tekan Hapuskan pautan.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan