Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki cara perkongsian berfungsi di Dropbox. Jika anda melihat butang Kongsi di sebelah fail anda di dropbox.com, maka anda mempunyai akses kepada cara baru kami untuk berkongsi. Anda juga akan melihat cara baru untuk berkongsi ini pada apl mudah alih Dropbox dan sesetengah versi apl desktop Dropbox.
Apabila anda mengklik butang Kongsi, anda boleh menjemput orang yang anda mahu bekerjasama, dan memilih keizinan yang mana untuk diberi kepada mereka. Hanya orang yang anda betul-betul berkongsi akan dapat mengakses fail-fail ini.
Perhatian: Untuk menerima jemputan untuk bekerjasama dalam fail kongsian, penerima mesti mempunyai akaun Dropbox yang dikaitkan dengan alamat e-mel yang anda beri kepada mereka. Penerima yang tidak mempunyai Dropbox boleh mencipta akaun. Penerima dengan Dropbox yang menggunakan alamat e-mel yang berbeza boleh memohon akses daripada e-mel yang lain.
Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan pengurusan keizinan fail.
Jemput orang untuk bekerjasama di dropbox.com
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
- Layangkan tetikus ke atas nama fail atau folder yang ingin dikongsi dan klik ikon kongsi (orang).
- Dalam tetingkap timbul, masukkan e-mel atau nama orang yang anda mahu bekerjasama.
- Tentukan jika orang Boleh sunting atau Boleh lihat.
- Boleh sunting bermakna bahawa orang boleh membuat perubahan, atau menambah fail atau folder ke akaun Dropbox mereka.
- Boleh lihat bermakna bahawa orang hanya boleh melihat, menulis komen dan memuat turun fail atau folder. Mereka tidak boleh membuat perubahan.
Adakah saya masih boleh berkongsi pautan ke fail yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja?
Anda masih boleh berkongsi fail atau folder menggunakan pautan Dropbox yang boleh diklik oleh sesiapa sahaja. Orang yang mengklik pautan itu tidak memerlukan akaun Dropbox untuk melihat fail anda.
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
- Layangkan tetikus ke atas nama fail atau folder yang ingin dikongsi dan klik ikon kongsi (orang).
- Dalam tetingkap timbul, klik Cipta.
- Setelah pautan dijana, klik Salin pautan. URL pautan akan dipaparkan dan diserlahkan.
- Salin dan tampalkan pautan ke dalam e-mel, mesej atau di mana sahaja anda mahu orang mengaksesnya.
- Klik Tetapan untuk menetapkan keizinan atau tarikh luput untuk pautan, atau untuk menghapuskan pautan itu.
Bagaimana saya menguruskan folder kongsian saya?
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
- Klik "…" (elipsis) di sebelah folder kongsian untuk:
- menukar tetapan folder kongsian (hanya jika anda memiliki folder kongsian)
- buang akses anda, dengan keupayaan untuk menambah folder kembali ke akaun anda
- buang akses anda untuk selama-lamanya