Resam penamaan membantu anda menamakan semula fail dan mengatur folder dalam akaun Dropbox anda. Menetapkan resam penamaan akan membantu mengekalkan konsistensi dalam kandungan Dropbox anda. Tindakan ini juga memudahkan anda mengisih dan menavigasi fail.
Cara menetapkan resam penamaan
Untuk menetapkan resam penamaan di dropbox.com:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Buka folder yang ingin anda atur.
- Klik ☑ (tetapan) di sebelah nama folder.
- Pilih Atur.
- Klik Tetapkan resam penamaan.
- Pilih resam penamaan yang ingin anda gunakan:
- Tarikh dimuat naik
- Anda boleh tanda rait kotak di sebelah Gantikan dengan tarikh sedia ada yang dikesan dalam nama fail, atau tukar format tarikh menggunakan menu pilihan.
- Kata kunci
- ☑ Nota: Anda hanya boleh menambah kata kunci menggunakan abjad Latin asas ISO (A–Z) dan digit (0–9); sistem penulisan dan aksara khas lain tidak disokong.
- Folder induk
- Tarikh ditangkap
- Anda boleh tanda rait kotak di sebelah Gantikan dengan tarikh sedia ada yang dikesan dalam nama fail, atau tukar format tarikh menggunakan menu pilihan.
- Pengeluar kamera
- Model kamera
- Model kanta
- Dimensi
- Bintik per inci
- Bintik per sentimeter (DPCM)
- Klik dan seret ikon alih (anak panah yang menunjuk ke empat arah) untuk menukar susunan unsur dalam resam penamaan.
- Klik Tambah peraturan untuk menambah peraturan tambahan.
- Klik ☑ (hapus) di sebelah peraturan untuk menghapuskannya.
- Tanda rait kotak di sebelah Jadikan singkatan nama berhuruf besar untuk menjadikan huruf pertama untuk setiap perkataan dalam nama fail berhuruf besar, jika anda mahu.
- Tanda rait kotak di sebelah Asingkan perkataan dengan untuk menukar aksara yang memisahkan setiap perkataan dalam nama fail, jika anda mahu.
- Pilih Jarak, Garis bawah atau Sempang dalam menu pilihan.
- Tanda rait kotak di sebelah Gunakan peraturan ini pada semua fail akan datang dalam folder ini jika anda mahu.
- Klik Tetapkan.