Cara untuk menggunakan Dropbox Rewind

Artikel ini membincangkan ciri yang tersedia kepada pengguna dalam pelan Dropbox Backup atau pelan Dropbox Plus, Family, Professional, Standard, Advanced dan Enterprise.

Dropbox Rewind adalah satu alat yang membolehkan anda membuat asal sejumlah besar perubahan sekaligus. Ia sangat berguna apabila insiden kehilangan data yang besar berlaku, seperti jika virus menjangkiti akaun anda.

Sekiranya anda tidak perlu membuat asal perubahan yang besar, terdapat langkah lain yang anda boleh ambil:

Dropbox Rewind akan membuat asal:

  • Suntingan, penamaan semula, penambahan, dan penghapusan fail
  • Tindakan yang diambil dalam folder kongsian, termasuk yang dimiliki oleh orang lain
  • Tindakan yang diambil dalam folder pasukan Dropbox yang anda ahlinya dan mempunyai akses menyunting

Dropbox Rewind tidak akan membuat asal:

  • Perubahan yang dibuat lebih awal daripada sejarah versi akaun anda
  • Fail terhapus secara kekal
  • Perubahan yang dibuat kepada dokumen Paper (melainkan anda menggunakan keluaran Dropbox Paper 2020)
  • Perubahan kepada fail atau folder yang dimiliki oleh pasukan lain
  • Sejarah fail (pengunduran hanya akan ditambah ke sejarah anda)
  • Perubahan fail atau folder keahlian—sebagai contoh, jika anda dialih keluar daripada folder kongsian, menggunakan Dropbox Rewind tidak akan menambah anda kembali ke folder tersebut

    Cara untuk menggunakan Dropbox Rewind

Di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Undurkan folder anda:
    • Untuk mengundurkan seluruh akaun Dropbox anda, klik "..." (elipsis) di sebelah Atur, kemudian klik Undurkan folder ini.
    • Untuk mengundurkan folder tertentu, layangkan tetikus ke atas nama folder dan klik "..." (elipsis), kemudian klik Undurkan folder ini. Ini akan turut mengundurkan semua folder dalam folder tersebut.
  3. Klik Cuba Rewind.
  4. Klik pada graf untuk memilih hari.
    • Kami syorkan supaya anda memilih betul-betul sehari sebelum kejadian berlaku, yang selalunya akan kelihatan sebagai lonjakan pada graf.
  5. Klik Teruskan.
  6. Dari senarai Perhalusi, cari perubahan yang paling awal yang anda ingini untuk diundurkan dan klik garisan biru di bawahnya.
    • Semua perubahan fail di atas garisan biru akan muncul dalam warna kelabu—ini bermakna ia akan dipulihkan selepas pengunduran.
  7. Klik Teruskan.
  8. Klik Undur. Anda akan menerima e-mel sebaik sahaja Pengunduran selesai.

Perhatian: Jika anda dalam akaun pasukan Dropbox dan anda mengikut arahan dalam langkah 2 untuk mengundurkan seluruh akaun Dropbox anda, tindakan ini hanya akan mengundurkan fail peribadi dan folder kongsian anda. Untuk mengundurkan folder pasukan, ikut arahan dalam langkah 2 untuk mengundurkan folder tertentu dan ulang untuk setiap folder pasukan.

Dalam Dropbox Backup

  1. Buka keutamaan desktop Dropbox anda.
  2. Klik tab Sandaran.
  3. Klik Urus sandaran.
  4. Pilih sandaran yang ingin diuruskan di sebelah kiri.
  5. Klik Undur sandaran untuk memulihkan versi terdahulu sandaran anda.
  6. Klik Cuba Rewind dalam bar sisi kanan.
  7. Klik pada graf untuk memilih hari.
    • Kami syorkan supaya anda memilih betul-betul sehari sebelum kejadian berlaku, yang selalunya akan kelihatan sebagai lonjakan pada graf.
  8. Klik Teruskan.
  9. Dari senarai Perhalusi, cari perubahan yang paling awal yang anda ingini untuk diundurkan dan klik garisan biru di bawahnya.
    • Semua perubahan fail di atas garisan biru akan muncul dalam warna kelabu—ini bermakna ia akan dipulihkan selepas pengunduran.
  10. Klik Teruskan.
  11. Klik Undur. Anda akan menerima e-mel sebaik sahaja Pengunduran selesai.

Nota: Dropbox Rewind tidak tersedia pada aplikasi mudah alih Dropbox.

Pentadbir: Mengurus tetapan Dropbox Rewind untuk pasukan anda

Secara lalai, hanya pentadbir dalam akaun pasukan Dropbox yang boleh menggunakan Dropbox Rewind. Walau bagaimanapun, pentadbir boleh mengubah tetapan ini untuk membenarkan ahli pasukan menggunakan Dropbox Rewind. Untuk berbuat demikian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Di bawah Kandungan, klik Rewind.
  5. Klik menu pilihan di sebelah Tetapkan siapa yang boleh mengundurkan folder, dan pilih Semua orang dalam pasukan anda atau Pentadbir pasukan sahaja.
    • Jika anda memilih Semua orang dalam pasukan anda, ahli pasukan akan dapat mengundurkan folder peribadi mereka, folder kongsian dan juga folder pasukan.
    • Jika anda memilih Pentadbir pasukan sahaja, ahli pasukan tidak akan dapat mengundurkan sebarang folder dalam akaun mereka. 

Perhatian: Pentadbir tidak boleh mendaftar masuk sebagai ahli pasukan untuk mengundurkan akaun ahli pasukan mereka. Mereka hanya boleh membenarkan ahli pasukan untuk mengundurkan akaun mereka sendiri.

Apa yang patut saya lakukan selepas menggunakan Dropbox Rewind?

Selepas anda menggunakan Dropbox Rewind, kami syorkan anda supaya:

  • Menyemak akaun anda di dropbox.com untuk memastikan perubahan yang betul telah dibuat.
  • Menunggu sehingga semua kandungan menyelaras ke peranti yang bersambung sebelum melakukan sebarang perubahan.

Jika anda menyedari bahawa anda ingin mengundurkan ke masa lampau, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah untuk menggunakan Dropbox Rewind dan memilih masa lampau di dalam graf Aktiviti Fail atau senarai Perhalusi

Bolehkah saya buat asal Dropbox Rewind?

Ya, anda boleh membuat asal Dropbox Rewind dengan mengundurkan akaun anda kepada waktu sebelum pengunduran pertama dilakukan. 

Sebagai contoh, anda menggunakan Rewind pada pukul 4:00 petang hari ini untuk membalikkan akaun anda kepada keadaannya pada tiga hari yang lalu. Untuk membuat asal tindakan ini, gunakan Rewind sekali lagi untuk membalikkan akaun anda kepada waktu sebelum pukul 4:00 petang hari ini.

Sejauh mana Dropbox boleh diundur?

Dropbox Rewind hanya boleh membuat asal perubahan yang dibuat dalam sejarah versi akaun anda. 

Masih ada soalan? 

Lihat senarai Soalan Lazim mengenai Dropbox Rewind.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan